50 Tahun Bursa Malaysia: Ruang Perkukuh Daya Saing Ekonomi Negara
50 Tahun Bursa Malaysia: Ruang Perkukuh Daya Saing Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Sambutan Ulang Tahun ke-50 Bursa Malaysia menjadi ruang untuk memperkukuh daya saing ekonomi negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia memaklumkan beliau telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 Bursa Malaysia pada Khamis.
“Malam tadi, saya menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 Bursa Malaysia yang meraikan lima dekad perjalanan dan sumbangannya dalam membangunkan pasaran modal negara.
“Bertemakan ‘Honouring Our Past, Advancing Our Purpose’, majlis diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, sebagai tetamu kehormat.
“Sambutan ini bukan sekadar memperingati sejarah kecemerlangan Bursa Malaysia, malah menjadi ruang untuk kita melihat ke hadapan dalam memperkukuh daya saing ekonomi negara, memperluas peluang pelaburan dan membina keyakinan terhadap pasaran modal Malaysia,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dana Ada, Projek Batal? Jangan Jadikan Rakyat Mangsa – Nik Mohd Nadzri
- Kenang Jasa BN… Dulu Janji Bawa Formula, Akhirnya Gagal
Mengulas lanjut, beliau turut berharap harga tempoh lima dekad akan datang membawa lebih banyak kejayaan dalam memperkukuh pasaran modal.

“Tahniah kepada seluruh warga Bursa Malaysia atas pencapaian bersejarah ini. Semoga lima dekad yang mendatang membawa lebih banyak kejayaan dalam memperkukuh pasaran modal dan memacu kemakmuran Malaysia.
“Majlis ini turut dihadiri oleh Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi,” katanya lagi. – UMNO Online
50 Tahun Bursa Malaysia: Ruang Perkukuh Daya Saing Ekonomi Negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Ridhwan Tekad Teruskan Kesinambungan Pembangunan Ayer Molek
- Jentera BN Sabah Di Melaka, Terjemah Semangat Perjuangan
- PRN: Anak Tempatan Jadi Kelebihan Siti Aisyah Di Pengkalan Batu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agenda TVET Negara: Industri Perlu Main Peranan Lebih Besar – Manndzri
You must be logged in to post a comment.