Port judi sabung ayam di hutan Bukit Lagong digempur, dalang warga Indonesia antara 22 ditahan
Port judi sabung ayam di hutan Bukit Lagong digempur, dalang warga Indonesia antara 22 ditahan

SUNGAI BULOH: Polis membongkar kegiatan judi sabung ayam dengan 22 lelaki termasuk warga Indonesia ditahan di kawasan hutan di Bukit Lagong, di sini Sabtu lalu.
Serbuan jam 4 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh bersama kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), dengan mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga lingkungan 70-an.
Selain sabung ayam, siasatan awal polis mendapati lokasi berkenaan turut dipercayai menjadi ‘port’ pertaruhan judi bola golek dan loteri awam.
Kawasan itu juga disyaki beroperasi kira-kira sebulan lalu dan seorang warga Indonesia yang ditahan disyaki berperanan sebagai penganjur aktiviti sabung ayam berkenaan.
Pasukan operasi turut merampas 12 ayam hidup dan seekor ayam yang sudah mati untuk membantu siasatan lanjut dengan rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM18,000.
Ketika serbuan, ada antara ‘kaki judi’ cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata antara 22 ditahan termasuk 12 warga Indonesia, dengan siasatan awal mendapati pertaruhan membabitkan antara RM500 hingga RM3,000 bagi setiap permainan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 32(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 32(2) akta sama.
Port judi sabung ayam di hutan Bukit Lagong digempur, dalang warga Indonesia antara 22 ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
You must be logged in to post a comment.