Sarimah Ibrahim Bersuara Isu Produser Beri Janji Palsu, Rakan Selebriti Setuju!

Sarimah Ibrahim Bersuara Isu Produser Beri Janji Palsu, Rakan Selebriti Setuju!

Sarimah Ibrahim Bersuara Isu Produser Beri Janji Palsu, Rakan Selebriti Setuju!

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim mengakui rasa kesal terhadap sikap sesetengah produser dan pengarah yang disifatkan bersikap tidak profesional yang memberikan tawaran berlakon namun tidak dapat menjalankan projek terlibat kerana kekurangan ‘bajet’.

Punca Pelakon Serik Nak Berlakon

Sarimah menerusi hantaran di Thread, turut menegaskan bahawa isu tersebut turut menjadi punca ramai pelakon rasa serik untuk berlakon disebabkan tiada motivasi untuk meneruskan karier mereka.

“Kalau dah tahu bajet tu tak mampu, saya sarankan please jangan juma kita kita-kita pelakon ni nak meeting bagai nak hantar kita mesej dan nak ambil selfie dengan kita, lepastu bagitu suruh lock date sampai kita-kita ni pelakon dah reject job lain di atas janjian mu itu. Sangat tak profesional ya sebagai produser dan director.

Sebab inilah pelakon-pelakon kita ramai serik nak berlakon dan tak ada motivasi nak teruskan. Ramai dilabel nampak ‘sombong’ padahal stress atau down kecewa.”-tulis Sarimah di Thread

Sarimah Ibrahim Bersuara Isu Produser Beri Janji Palsu, Rakan Selebriti Setuju!

Rakan Selebriti Setuju!

Sarimah Ibrahim Bersuara Isu Produser Beri Janji Palsu, Rakan Selebriti Setuju!

 

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti seperti Tiz Zaqyah, Sheila Rusly, Catriona Ross, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Emelda Rosemila dan ramai lagi dilihat membanjiri ruangan komen dengan pendapat mereka yang rata-ratanya bersetuju dengan hantaran Sarimah, malah ada yang turut menitipkan rasa syukur setelah berhenti daripada lakonan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman


“Ramai tanya kenapa sis stop producing? Jarang nampak keluar tv. Jawapannya seperti di atas 👆🏻. Mak dah malas nok, penat layan ‘DRAMA’ dalam industri.”-Sheila Rusly

“Even worse, tak ada kontrak dan tiba-tiba tukar perjanjian patment. Haip!.”-Tiz Zaqyah

“OMG thank you for saying this out loud.”-Catriona Ross

“Alhamdulillah, saya dah stop berlakon.”-Zila Bakarin

“Pastu dah shoot few episode, dah bayar first payment, beberapa hari nak habis shoot, nak tukar rate payment. Tak boleh nak bayar. What? Gila. Okay tak boleh nak bayar i pun takleh nak shoot laa. Funny kan.”-Emelda Rosemila

“Hurm selalu kena, pastu nak label demand.”-Rita Rudaini

“Setuju, itu belum lagi yang pitching nama kita, dah lulus dapat kat orang lain. Hanat.”-Adam Shahz

Sarimah Ibrahim Bersuara Isu Produser Beri Janji Palsu, Rakan Selebriti Setuju!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker