Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

Pelakon Hanez Suraya kini mempunyai satu lagi gelaran baharu apabila secara rasmi bergelar Datin Wira selepas suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais, menerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka.

Berita gembira itu dikongsikan oleh rakan Hanez, Najeeb Azami menerusi Instagram, sekali gus menarik perhatian ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

 

Romie Razin Hadir Istiadat Penganugerahan Melaka

Romie Razin hadir ke Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang diadakan sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Momen istimewa itu pastinya menjadi satu pencapaian bermakna buat Romie dan keluarga. Dalam masa sama, Hanez juga secara tidak langsung menerima gelaran Datin Wira susulan penganugerahan tersebut.

Ruangan Komen Banjir Ucapan Tahniah

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

 

Menjengah ke ruangan komen perkongsian Najeeb, rata-rata rakan serta pengikut tampil mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Ada yang menyifatkan pencapaian berkenaan sebagai satu berita membanggakan dan mendoakan agar gelaran yang diterima membawa lebih banyak keberkatan buat keluarga mereka.

Biasalah, bila seseorang yang kita kenal menerima penghargaan sebegini, kita pun tumpang happy, kan?

Apa pun, MURAI ingin mengucapkan tahniah buat Romie Razin Adilha dan Hanez Suraya atas pencapaian serta gelaran baharu ini. Semoga terus sukses dan dimurahkan rezeki!

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Multaqa Ilmuwan Islam, Konvensyen Pendidikan Melayu Buka Tirai PAU 2026

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker