Zahida Rafik Bersara Daripada Dunia Lakonan

Fokus Pada Keluarga, ‘Saya Nak Jaga Ibu Ayah’

Zahida Rafik Bersara Daripada Dunia Lakonan

Zahida Rafik Bersara Daripada Dunia Lakonan

Demi tanggungjawab terhadap keluarga, pelakon Zahida Rafik mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia lakonan.

Zahida Rafik ‘bersara’ jadi pelakon

Zahida Rafik Bersara Daripada Dunia Lakonan

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Zahidah Mohamed Rafik, 51, berkata dia nekad menamatkan kariernya sebagai pelakon kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan ibu bapanya yang semakin berusia.

Fokus utama saya sekarang adalah menjaga ibu dan ayah. Saya ada komitmen untuk jaga ibu bapa, mereka pun dah berusia. Walaupun ada bantuan pembantu rumah, saya sendiri yang menguruskan keperluan mereka.

Meskipun merindui dunia lakonan, Zahida berkata komitmen di lokasi penggambaran yang mengambil masa lama membuatkan dia memilih untuk tidak kembali berlakon.

Memang saya dah lama tinggalkan dunia lakonan tapi masih berjumpa dan luangkan masa dengan kawan-kawan industri.

Perasaan rindu itu kadang-kadang ada, tapi bila fikirkan komitmen di lokasi penggambaran yang memakan masa hingga tak ada masa nak balik, semua itu buat saya rasa ‘pening kepala’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih TPM, Jalan Kampung Parit Keroma Dinaik Taraf


Zahida berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Tahlil Tun Hasmah anjuran Datin Seri Umie Aida dan Erma Fatima yang berlangsung Musolla Aisya di Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Zahidah mengakui ada dalam kalangan penggiat seni termasuk pengarah Erma Fatima cuba memujukknya untuk kembali berlakon. Namun, usaha itu tidak membuahkan hasil.

Kak Erma (Erma Fatima) dah banyak kali ajak dan pujuk. Mula-mula saya teruja, tapi akhirnya tak jadi juga.

Sekarang ini dah tak ada tawaran. Orang yang kenal saya tahu saya selalu janji tapi akhirnya kata ‘Alamak, tak bolehlah’. Sampai mereka pun kata ‘sudah-sudahlah, lupakan sajalah.

Terdahulu, Zahida pernah menyinari industri seni tempatan menerusi beberapa filem popular antaranya Anak Mami The Movie, Mami Jarum, dan Bujang Senang.

Zahida Rafik Bersara Daripada Dunia Lakonan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker