Adira Tak Ambil Hati ‘Cinta Di Akhir Garisan 2.0’ Dikecam – ‘Bukan Mahu Menandingi Versi Lama’
Adira Tak Ambil Hati ‘Cinta Di Akhir Garisan 2.0’ Dikecam – ‘Bukan Mahu Menandingi Versi Lama’

Penyanyi, Adira Suhaimi tidak mengambil hati apabila ada segelintir netizen yang mengkritik lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 yang dinyanyikannya bersama tiga penyanyi lain iaitu Marsha Milan, Nadeera dan Aisha Retno.
Kurang padu?

Adira atau nama lengkapnya, Siti Adira Suhaimi, 35, berkata, dia ada membaca komen tersebut, namun memilih untuk tidak menyimpan di dalam hati, sebaliknya memandang dari sudut positif.
Saya ambil tahu segala komen yang ditinggalkan di media sosial. Tapi saya tidak ambil hati dengan komen-komen tersebut.
Saya dan tiga penyanyi lain, kami ada berbincang dan kami berempat okey sahaja. Normal untuk ada yang suka dan ada yang tidak.
Saya sudah agak akan ada yang suka dan ada segelintir yang tidak. Tetapi saya memilih untuk fokus pada yang bagus dan positif sahaja.
Adira berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada Khamis.
Dalam pada itu, Adira menegaskan penghasilan versi 2.0 bukan bertujuan untuk menandingi versi asal yang sudah sebati dengan jiwa peminat, sebaliknya sekadar memberikan nafas baharu kepada karya berkenaan.
Versi yang lama sudah ada satu standard tersendiri dan itu adalah identiti mereka (penyanyi versi asal). Macam kami (penyanyi versi baharu), ada cara masing-masing.
Seperti saya sendiri, ada cara nyanyian saya. Begitu juga dengan tiga rakan saya yang lain iaitu Marsha, Nadeera dan Aisha.
Kami berempat sudah memberikan yang terbaik untuk versi 2.0. Bukan berharap versi baharu dapat menandingi versi lama, cukup sekadar dapat tempat di hati peminat. Kami bukan mahu menandingi versi lama.
Terdahulu, segelintir pencinta muzik tanah air berkongsi pandangan mengenai Cinta Di Akhir Garisan 2.0 yang disifatkan kurang ‘padu’, malah ada yang mengakui lebih menyukai versi asal nyanyian Datuk Ziana Zain, Datuk Nora Ariffin, Ning Baizura dan Dessy Fitri.
Sebelum ini, komposer lagu berkenaan, Ajai, mengakui sudah bersedia sekiranya Cinta Di Akhir Garisan 2.0 dibandingkan dengan versi asal.
Menurut Ajai, setiap lagu ikonik yang diberikan nafas baharu sememangnya tidak dapat lari daripada penilaian peminat.
Bagaimanapun, Ajai percaya setiap generasi mempunyai cara penyampaian serta identiti tersendiri dalam menghidupkan sesebuah karya.
Adira Tak Ambil Hati ‘Cinta Di Akhir Garisan 2.0’ Dikecam – ‘Bukan Mahu Menandingi Versi Lama’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU Cetus Semangat Juang, Keberanian Hadapi PRU Ke-16 – Ahmad Maslan
- Syahbuddin Terus Bawa Suara, Keperluan Rakyat Galas
- RCI TH: Menteri Bertanggungjawab Dari PH Juga Patut Disiasat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Multaqa Ilmuwan Islam, Konvensyen Pendidikan Melayu Buka Tirai PAU 2026
You must be logged in to post a comment.