Cik Epal Dedah Sebab Tarik Balik Saman RM1 Juta – ‘Si Hamak Dah Minta Maaf’
Cik Epal Dedah Sebab Tarik Balik Saman RM1 Juta – ‘Si Hamak Dah Minta Maaf’

Usahawan dan personaliti media sosial, Cik Epal mendedahkan keputusan untuk menarik balik saman RM1 juta terhadap Emira Delyati Dewi dibuat selepas wanita berkenaan memohon maaf kepadanya.
Minta maaf
Menerusi komen di Threads, Cik Epal atau nama sebenarnya Nur Munirah Mahmood, 36, menjelaskan perkara itu selepas menjawab persoalan seorang individu yang ingin tahu mengenai sebabnya menarik balik saman berkenaan.
Sebab si hamak (Dewi) dah minta maaf. Dari dulu saya nak dia minta maaf sahaja.
Pada Ogos lalu, nama Cik Epal menjadi perhatian selepas kes saman bernilai RM1 juta yang difailkannya terhadap Dewi ditarik balik susulan persetujuan yang dicapai antara kedua-dua pihak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bandar Pintar Johor Mesti Beri Impak Nyata Kepada Rakyat
- Naik Taraf ATIGA Perlu Beri Manfaat Nyata Kepada Perniagaan – Johari
Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram, bekas suami Cik Epal iaitu Jofliam memaklumkan hak hadanah bagi kedua-dua anak berkenaan jatuh kepadanya selaku bapa kandung.
Selain itu, Jofliam berkata, pihak yang terlibat telah menarik balik permohonan manakala kes komital terhadap dirinya juga telah digugurkan.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata. Namun, pasangan itu berpisah selepas 10 tahun bersama.
Sumber: Threads
Cik Epal Dedah Sebab Tarik Balik Saman RM1 Juta – ‘Si Hamak Dah Minta Maaf’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Turun Padang, Santuni Warga Simpang Renggam
- Mesyuarat Terakhir, Ab Rauf Hargai Komitmen Barisan EXCO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib
You must be logged in to post a comment.