‘Terima Kasih Pernah Jadi Suami Saya’ – Bekas Isteri Fikry Ibrahim
‘Terima Kasih Pernah Jadi Suami Saya’ – Bekas Isteri Fikry Ibrahim

Bekas isteri kepada pelakon Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan memilih untuk terus melangkah ke hadapan dengan hati yang reda selepas rumah tangga mereka berakhir.
Terus melangkah

Menerusi hantaran di Instagram, Siti Khalizah berkata dia percaya perceraian yang berlaku mempunyai hikmah dan merupakan ketentuan yang telah ditetapkan Allah.
Satu bab yang panjang akhirnya telah sampai ke penghujungnya. Saya memilih untuk terus melangkah ke hadapan dengan hati yang reda dengan apa yang telah Allah tuliskan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bandar Pintar Johor Mesti Beri Impak Nyata Kepada Rakyat
- Naik Taraf ATIGA Perlu Beri Manfaat Nyata Kepada Perniagaan – Johari
Mungkin hari ini saya masih belum memahami setiap sebab di sebalik pengakhiran ini, namun saya percaya bahawa setiap ketentuan Allah pasti ada hikmahnya.
Semoga Allah mengampunkan segala kekurangan kami, menyembuhkan apa sahaja yang perlu disembuhkan dan menggantikan segala yang telah hilang dengan sesuatu yang lebih baik untuk kami berdua.
Dalam perkongsian sama, Siti Khalizah turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Fikry kerana pernah menjadi insan yang dicintai selain menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya.
Terima kasih pernah menjadi insan yang saya cintai dan suami saya. Awak adalah sebahagian daripada sebuah bab dalam hidup yang sentiasa menjadi sebahagian daripada kisah saya dan tidak akan pernah saya lupakan.
Terima kasih juga kepada semua yang sentiasa berada di sisi saya sepanjang perjalanan ini. Dengan itu, saya memilih untuk meninggalkan bab ini dengan kemaafan, penerimaan dan doa. Alhamdulillah atas segala yang pernah dilalui dan insya-Allah untuk segala yang bakal mendatang.
Dalam video yang dikongsikan, Siti Khalizah dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan ditemani beberapa pengawal peribadi serta dua individu yang dipercayai sahabatnya.
Pada Selasa, Fikry mengesahkan rumah tangga yang dibina bersama Siti Khalizah berakhir selepas mereka bercerai pada April lalu.
Fikry berkata, dia mengambil masa sebelum mendedahkan perkara tersebut kepada umum kerana mahu menjalani kehidupan dengan lebih tenang.
Untuk rekod, Fikry dan Siti Khalizah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Jitra, Kedah.
Sumber: Instagram
‘Terima Kasih Pernah Jadi Suami Saya’ – Bekas Isteri Fikry Ibrahim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Turun Padang, Santuni Warga Simpang Renggam
- Mesyuarat Terakhir, Ab Rauf Hargai Komitmen Barisan EXCO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib
You must be logged in to post a comment.