Motosikal ‘rider’ dicuri ketika hantar barang
Motosikal ‘rider’ dicuri ketika hantar barang

JAKARTA – Seorang penghantar barang berdepan detik yang tidak dijangka apabila motosikalnya dicuri ketika dia menghantar barang di kawasan Jalan Raya Plumpang, Jakarta Utara baru-baru ini, lapor saluran berita Radar Kediri.
Kecurian tersebut dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi.
Dalam rakaman tersebut, suspek dilihat mengambil motosikal milik penghantar barang yang ditinggalkan seketika untuk menghantar barang.
Tanpa mengambil masa yang lama, suspek melarikan motosikal tersebut.
Kejadian berlaku begitu pantas sehinggakan mangsa tidak sempat untuk menghalangnya.
Peristiwa tersebut kemudiannya dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Rakaman CCTV diharapkan dapat membantu proses penyelidikan dan membongkar identiti suspek. – AGENSI
Motosikal ‘rider’ dicuri ketika hantar barang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Turun Padang, Santuni Warga Simpang Renggam
- Mesyuarat Terakhir, Ab Rauf Hargai Komitmen Barisan EXCO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib
You must be logged in to post a comment.