Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha
Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Jangan mudah terpengaruh dengan rakaman yang tular, lebih-lebih lagi apabila sesuatu rakaman hanya memaparkan sebahagian daripada keseluruhan kejadian, tegasnya Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Dr Armand Azha Abdu Hanifah.
Katanya, ketegasan dalam menjalankan tugas menjaga sempadan Malaysia bukan sesuatu yang perlu dipertikaikan hanya berdasarkan persepsi atau potongan rakaman yang tersebar di media sosial.
“Jika benar terdapat pihak yang menyebarkan rakaman CCTV tersebut sehingga menimbulkan persepsi yang boleh menjejaskan kredibiliti, reputasi dan integriti Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, maka perkara itu wajar disiasat dan pihak yang bertanggungjawab perlu menjawab berdasarkan fakta serta undang-undang.
“Jangan hukum seseorang berdasarkan rakaman yang belum kita ketahui konteks keseluruhannya. Berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Kita mahu kebenaran berdasarkan fakta, bukan hukuman berdasarkan persepsi,” katanya.
Mengulas lanjut, Armand yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang menegaskan bahawa aspek keselamtan tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya harus diberi perhatian tang serius demi keselamatan negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Polemik Datang Dan Pergi, Amanah Rakyat Tetap Diteruskan – Mohd Zaidy
- Semarak Agenda Malaysia Biru, UMNO Pendang Perkasa Gerak Kerja
- Kerajaan Johor Terus Perkukuh Ekosistem Pendidikan, Berdaya Saing

“Keselamatan sempadan negara bukan perkara kecil. Mereka yang diberikan amanah menjaga pintu masuk Malaysia perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas dengan tegas, profesional dan berintegriti.
“Malaysia bersama usaha mempertahankan keselamatan sempadan negara. Malaysia bersama mereka yang menjalankan amanah,” katanya lagi.
Dalam masa sama beliau dan seluruh UMNO Bahagian Subang terus berdiri teguh Ketua Pengarah AKPS dalam melaksankan amanahdan tanggungjawab menjaga pintu keselamatan negara.
“Kami berdiri teguh bersama Ketua Pengarah AKPS, dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab beliau menjaga keselamatan pintu masuk serta sempadan negara,” ujarnya.
Terdahulu, tular menerusi video bahawa individu yang mirip Mohd Shuhaily kelihatan memarahi individu lain. Malah, dalam video terbabit, kepala mangsa turut dipegang dengan aksi agak keras.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Produktiviti, Teknologi Pertanian Johor
- Kompleks Mahkamah Johor Bahru Dijangka Beroperasi Jan 2027 – Azalina
- Penerokaan Teknologi Satelit, AI Penting Perkukuh Sektor Perladangan
Titah Sultan Kelantan Jadi Panduan Perkasa Ekosistem Tahfiz Negara – Ahmad Zahid
Pada masa sama, tular salinan dakwaan individu yang mendakwa dikasari Mohd Shuhaily, namun tiada pengesahan dapat dibuat setakat ini berkaitan kesahihan laporan berkenaan. – UMNO Online
Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jafry Ariffin Kenang Pengalaman Budaya Sabah Dipersembahkan Di China
- ‘Pilih Tren Elak Trafik, Sekali Tambang Naik’ – Suraya
- Sorok, Sembunyi Dan Nafikan… PKR Ulang Modus Operandi Lama?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.