Polemik Datang Dan Pergi, Amanah Rakyat Tetap Diteruskan – Mohd Zaidy

Polemik Datang Dan Pergi, Amanah Rakyat Tetap Diteruskan – Mohd Zaidy

Polemik Datang Dan Pergi, Amanah Rakyat Tetap Diteruskan – Mohd Zaidy

JEMPOL, 29 Sept – Pelbagai polemik yang berlaku tidak seharusnya menjadi penghalang kepada wakil rakyat untuk terus melaksanakan amanah dan mandat yang diberikan rakyat, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir.

Menurut beliau, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat perlu kekal menjadi keutamaan, khususnya dalam memastikan isu asas yang memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat terus diberi perhatian.

“Polemik datang dan pergi, tetapi amanah kepada rakyat tetap amanah. Tugas kita ialah bekerja, mendengar masalah rakyat dan berusaha mencari penyelesaian.

“Selagi rakyat memerlukan perhatian dan ada perkara yang boleh kita usahakan, kita akan terus buat kerja. Keutamaan kita ialah kebajikan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Sebelum itu beliau hadir bersama pegawai Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), kepimpinan kawasan serta penduduk Taman Sri Rompin bagi mendengar taklimat berhubung pelaksanaan projek baik pulih tangki air di kawasan berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengalaman Lawatan Kerja Jadi Input Perkukuh Sektor Pertanian Pahang


Katanya, pelaksanaan projek tersebut merupakan perkembangan yang amat dinantikan penduduk selepas sekian lama berdepan masalah serta gangguan bekalan air.

“Alhamdulillah, selepas 11 tahun menunggu, usaha dan suara penduduk akhirnya mendapat penyelesaian melalui pelaksanaan projek ini.

“Kita mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah dalam sehari, tetapi setiap masalah rakyat mesti terus diusahakan sehingga menemui jalan penyelesaian,” katanya.

Selesai majlis pemakluman, Mohd Zaidy bersama pegawai SAINS, PAAB, kepimpinan kawasan dan penduduk turut turun ke tapak projek bagi melihat sendiri kemajuan kerja yang sedang dilaksanakan pihak kontraktor lantaran projek baik pulih tangki air tersebut mempunyai tempoh pelaksanaan selama empat bulan.

Mohd Zaidy berharap pihak kontraktor memberikan komitmen terbaik dengan memastikan setiap kerja dilaksanakan secara teliti, berkualiti serta mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tanah Melayu Bukan Sekadar Istilah, Asas Identiti Dan Perlembagaan Negara


Polemik Datang Dan Pergi, Amanah Rakyat Tetap Diteruskan – Mohd Zaidy

“Penduduk telah menunggu begitu lama. Sebab itu kita mahu projek ini bukan sekadar siap, tetapi siap dengan sempurna dan benar-benar memberikan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi.

“Saya akan terus mengikuti perkembangan projek ini supaya pelaksanaannya berjalan lancar dan disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada SAINS, PAAB, semua agensi terlibat, kepimpinan setempat serta penduduk Taman Sri Rompin atas kerjasama dan komitmen dalam merealisasikan projek berkenaan.

Menurutnya, semangat muafakat dan tanggungjawab bersama yang dekat dengan budaya masyarakat Negeri Sembilan perlu terus diterjemahkan dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat.

“Dalam masyarakat Negeri Sembilan, kita sangat dekat dengan nilai muafakat dan rundingan. Apabila ada masalah, kita duduk bersama, dengar pandangan, cari jalan dan laksanakan penyelesaian.

“Itulah semangat yang perlu kita bawa dalam khidmat kepada rakyat. Kita mahu politik dan kepimpinan diterjemahkan melalui kerja yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

“Rakyat tidak mahu kita hanya bercakap. Mereka mahu melihat masalah mereka diselesaikan. Biarlah apa juga polemik yang berlaku, tugas kepada rakyat mesti diteruskan. Mandat rakyat datang bersama amanah dan tanggungjawab,” ujarnya lagi. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Titah Sultan Kelantan Jadi Panduan Perkasa Ekosistem Tahfiz Negara – Ahmad Zahid

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker