Semarak Agenda Malaysia Biru, UMNO Pendang Perkasa Gerak Kerja

Semarak Agenda Malaysia Biru, UMNO Pendang Perkasa Gerak Kerja

Semarak Agenda Malaysia Biru, UMNO Pendang Perkasa Gerak Kerja

PENDANG, 29 Sept – UMNO Bahagian Pendang terus memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi menerusi siri turun padang ke Pusat Daerah Mengundi (PDM), dengan PDM Paya Rawa menjadi lokasi ketujuh daripada keseluruhan 44 PDM di Parlimen Pendang.

Ketua Bahagiannya, Datuk Suraya Yaakob berkata, siri lawatan tersebut merupakan usaha berterusan bagi memastikan organisasi di setiap PDM sentiasa aktif, tersusun dan mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat setempat.

Menurut beliau yang juga Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, pengukuhan akar umbi tidak boleh dilaksanakan secara bermusim, sebaliknya perlu diteruskan secara konsisten melalui pertemuan, penyelarasan gerak kerja dan pemantapan organisasi di setiap peringkat.

“Kita mahu setiap PDM sentiasa bergerak dan mempunyai gerak kerja yang jelas. Turun padang seperti ini penting untuk kita mendengar pandangan jentera, melihat perkembangan organisasi dan pada masa sama memahami perkara yang menjadi perhatian masyarakat.

“Kekuatan UMNO bermula daripada akar umbi. Sebab itu kita perlu memastikan hubungan antara kepimpinan bahagian dengan PDM sentiasa kukuh dan bergerak sebagai satu pasukan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengalaman Lawatan Kerja Jadi Input Perkukuh Sektor Pertanian Pahang


Lawatan ke PDM Paya Rawa turut disertai barisan kepimpinan UMNO Bahagian termasuk Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Bendahari, Setiausaha serta Ketua Penerangan dengan ruang perbincangan ke arah gerak kerja, persiapan organisasi dan penyelarasan aktiviti di peringkat PDM.

Semarak Agenda Malaysia Biru, UMNO Pendang Perkasa Gerak Kerja
Suraya berkata, usaha memperkukuh PDM juga perlu dilihat sebagai sebahagian daripada ikhtiar untuk menyemarakkan Agenda Malaysia Biru yang digagaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

“Agenda Malaysia Biru yang dibawa Presiden bukan sekadar gagasan di peringkat nasional. Semangat dan hala tujunya perlu difahami hingga ke akar umbi dan diterjemahkan melalui gerak kerja yang dekat dengan masyarakat.

“Kita mahu setiap PDM menjadi sebahagian daripada usaha ini. Organisasi yang tersusun, kepimpinan yang bersatu dan hubungan yang baik dengan masyarakat adalah asas penting untuk membawa agenda yang lebih besar,” katanya.

Agenda Malaysia Biru yang diperkenalkan Ahmad Zahid menggariskan lapan ikhtiar utama meliputi Malaysia sebagai Negara Pencipta, Negara Berkemahiran, Negara Pemilik, Negara Sejahtera, Negara Berdaya Tahan, Negara Peduli, Negara Beramanah dan Negara Berdaulat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tanah Melayu Bukan Sekadar Istilah, Asas Identiti Dan Perlembagaan Negara


Sehubungan itu, UMNO Bahagian Pendang akan meneruskan siri lawatan ke PDM lain secara berperingkat sebagai usaha memperkemas organisasi, memperkukuh kerjasama jentera dan memastikan setiap PDM terus aktif.

“Insya-Allah, kita akan teruskan gerak kerja ini dari PDM ke PDM. Kita mahu semangat kebersamaan terus diperkukuh dan Agenda Malaysia Biru dapat disemarakkan bermula daripada akar umbi,” katanya Suraya lagi. – UMNO Online

Semarak Agenda Malaysia Biru, UMNO Pendang Perkasa Gerak Kerja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Titah Sultan Kelantan Jadi Panduan Perkasa Ekosistem Tahfiz Negara – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker