Faizal bersemangat buru emas Sukan Asia selepas ledak gol ke-300

Faizal bersemangat buru emas Sukan Asia selepas ledak gol ke-300

Kuala Lumpur: Ledakan gol ke-300 karier antarabangsa menjadi penyuntik semangat buat penyerang sensasi skuad hoki negara, Faizal Saari menghadiahkan pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya, sekali gus menempah tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Faizal mencapai angka keramat itu ketika membantu Speedy Tigers membelasah China 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B, semalam.

Pemain berusia 35 tahun itu meledak gol padang pada minit ke-40 untuk melengkapkan pencapaian luar biasa berkenaan selepas sekian lama menjadi antara tonggak utama jentera serangan skuad kebangsaan.

Lebih manis, pencapaian itu hadir ketika Speedy Tigers sedang memburu misi lebih besar apabila hanya dua kemenangan lagi memisahkan mereka daripada emas yang turut menawarkan tiket automatik ke LA28.

Skuad negara akan bertemu Korea Selatan pada aksi separuh akhir, Khamis ini bagi merebut tiket final.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengalaman Lawatan Kerja Jadi Input Perkukuh Sektor Pertanian Pahang


Bagi Faizal yang sudah melakukan 333 penampilan bersama skuad kebangsaan, angka 300 gol sememangnya sesuatu yang tidak pernah dijangka, namun kepuasan itu kini mahu diterjemahkan kepada kejayaan bersama pasukan.

“Berkenaan 300 gol itu, saya sendiri tak sangka akan sampai ke tahap ini. Memang tak jangka benda ini akan berlaku dan ia memberikan satu kepuasan sebagai seorang pemain.

“Saya harap rakan-rakan dapat teruskan momentum dan rentak kemenangan ini.

“Untuk aksi separuh akhir, saya rasa kami kena beri lebih lagi dan tingkatkan permainan. Kami perlu berikan yang terbaik dan kita tengok keputusan lusa (Khamis) nanti.

“Memang sasaran saya adalah untuk mara ke final dan Insya-Allah menang emas,” katanya ketika dihubungi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tanah Melayu Bukan Sekadar Istilah, Asas Identiti Dan Perlembagaan Negara


Faizal hanya kurang dua gol berbanding sensasi Pakistan, Sufiyan Khan yang muncul penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan 11 gol.

Skuad bimbingan Brendon Carolan setakat ini cemerlang apabila memenangi semua lima perlawanan peringkat kumpulan termasuk menundukkan seteru utama, Pakistan 5-4.

Malaysia sudah dua kali mara ke final Sukan Asia iaitu pada 2010 di Guangzhou dan 2018 di Indonesia, namun kedua-dua edisi itu menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Kali terakhir skuad hoki lelaki negara layak beraksi di Sukan Olimpik adalah pada edisi 2000 di Sydney, Australia.

Faizal bersemangat buru emas Sukan Asia selepas ledak gol ke-300

Faizal bersemangat buru emas Sukan Asia selepas ledak gol ke-300


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Titah Sultan Kelantan Jadi Panduan Perkasa Ekosistem Tahfiz Negara – Ahmad Zahid

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker