Wanita UMNO Melaka Bersedia Hadapi PRN, Gerak Kerja Terus Diperkasa
Wanita UMNO Melaka Bersedia Hadapi PRN, Gerak Kerja Terus Diperkasa

MELAKA, 28 Sept – Ketua Wanita UMNO Negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Kerajaan Negeri atas komitmen memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.
Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Kak Som’ berkata, komitmen tersebut jelas menerusi peruntukan besar kerajaan negeri bagi menyediakan bantuan keperluan asas kepada pesakit, termasuk lampin pakai buang serta susu tepung dan susu kesihatan.
“Terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Kerajaan Negeri yang memberikan kebajikan terbaik kepada rakyat.
“Beliau membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap bulan hanya untuk membekalkan lampin pakai buang, susu tepung dan susu kesihatan kepada pesakit. Ini bukan perkara mudah kerana kos peralatan dan keperluan tersebut amat tinggi.
“Setiap Jumaat, wakil-wakil rakyat akan berada di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) untuk menerima apa sahaja aduan daripada rakyat setempat. Kita akan pastikan aduan tersebut disampaikan dan diusahakan penyelesaiannya. Dari segi kebajikan, Melaka sentiasa menjadi antara negeri yang memberikan perhatian yang tinggi kepada rakyat,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Sejarah, Fahami Asas Negara – Ahmad Zahid
- Suruhanjaya Ekonomi Gig perlu disegerakan – Fairuz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akses Maklumat Elemen Penting Bina Masyarakat Terbuka, Telus
Mengulas lanjut Kalsom yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya menjelaskan Wanita UMNO Melaka sudah membuat persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menerusi pelbagai gerak kerja akar umbi termasuk Jalinan Rakyat (JR), ziarah kasih serta program kebajikan.

“Persiapan tersebut telah digerakkan sejak awal dan bukan sekadar dibuat ketika pilihan raya semakin hampir. Gerak kerja berterusan Wanita UMNO di peringkat akar umbi membuktikan kesiapsiagaan jentera parti untuk menghadapi PRN pada bila-bila masa.
“Wanita UMNO dan keseluruhan jentera bersedia untuk ‘birukan’ Melaka. Ramai yang terlibat dalam gerak kerja Jalinan Rakyat, ziarah kasih dan kerja-kerja kebajikan. Tidak dapat dinafikan Wanita UMNO khususnya di Melaka sudah bersiap dan bekerja sejak awal,” katanya lagi.
Beliau yang juga penyandang DUN Pengkalan Batu menambah, bagi DUN berkenaan telah dilaksanakan secara konsisten sejak empat tahun lalu.
“Tempoh tersebut memberi ruang kepada beliau dan pasukannya untuk mendekati serta berkhidmat kepada masyarakat tanpa menunggu musim pilihan raya. Bagi DUN Pengkalan Batu, kita sudah buat kerja sejak awal, empat tahun dahulu. Jadi saya tidak takut. Kalau ada apa-apa, kita terima sahaja.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sertai Patriot 6! Sekolah Patriotik UMNO Malaysia Buka Permohonan
- Agenda Malaysia Biru: Beri Peluang Luas Kepada Pemimpin, Idea Baharu
- JETP Tangkak Fokus Perkukuh Ekonomi, Pastikan Rakyat Nikmati Manfaat
Jelas Bekas MB Gagal Faham Fungsi, Punca Kuasa Undang Yang Empat
“PRN ini bila-bila masa sahaja, kita sudah bersedia. Jujur saya katakan, DUN Pengkalan Batu harus dipertahankan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Kalsom berkata prestasi sepanjang tempoh perkhidmatan turut menjadi ukuran utama dalam menilai usaha yang telah dilaksanakan untuk rakyat walaupun tidak semua perancangan dapat direalisasikan sepenuhnya.
“Dari segi prestasi, saya akui kita sudah buat yang terbaik. Biasalah, tidak 100 peratus pun, tetapi sekitar 80 peratus telah kita laksanakan. Umur tidak menjadi ukuran. Yang penting ialah gerak kerja dan prestasi kita selama empat tahun.
“Saya telah melakukan dan memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat, khususnya di Pengkalan Batu,” ujarnya. – UMNO Online
Wanita UMNO Melaka Bersedia Hadapi PRN, Gerak Kerja Terus Diperkasa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Sejarah, Fahami Asas Negara – Ahmad Zahid
- Suruhanjaya Ekonomi Gig perlu disegerakan – Fairuz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akses Maklumat Elemen Penting Bina Masyarakat Terbuka, Telus
You must be logged in to post a comment.