Sertai Patriot 6! Sekolah Patriotik UMNO Malaysia Buka Permohonan
Sertai Patriot 6! Sekolah Patriotik UMNO Malaysia Buka Permohonan

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Sekolah Patriotik UMNO Malaysia (SPU) kini membuka permohonan kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk menyertai program tersebut sebagai pelajar bagi Kumpulan Patriot Ke-6 (Patriot 6).
Pengajian bagi kumpulan berkenaan dijadualkan bermula pada pertengahan Oktober 2026 di Kampus SPU, Menara Dato’ Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur.
Permohonan terbuka kepada peserta berumur antara 18 hingga 30 tahun pada 5 Oktober 2026, iaitu mereka yang lahir antara 5 Oktober 1996 hingga 5 Oktober 2008.
Antara kriteria yang ditetapkan ialah calon mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, semangat asas aktivis serta minat dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Ketua atau pimpinan Pemuda, ketua atau pimpinan Puteri di peringkat negeri, bahagian atau cawangan, selain pimpinan NGO dan mahasiswa turut digalakkan untuk memohon.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Jemput Orang Ramai Hadir Musyawarah Nasional Siri 3
- Campur Tangan PH Khianati Mandat Rakyat Negeri Sembilan – Mohamad Fadil
- Pembubaran DUN Tidak Hentikan Khidmat Kepada Rakyat – Ab Rauf
UMNO Tidak Menjatuhkan YamTuan, Tetap Junjung Undang-Undang dan Adat Perpatih
Calon yang berminat perlu melampirkan resume bersama salinan sijil-sijil pengajian, keterangan pengalaman NGO jika ada serta tiga keping foto berwarna berukuran pasport untuk rujukan dan tindakan sekretariat.
Borang permohonan pengajian boleh dicetak dengan mengimbas kod QR yang disediakan dalam hebahan rasmi Sekolah Patriotik UMNO Malaysia.
Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 5 Oktober 2026.
Sebarang pertanyaan berkaitan pentadbiran SPU boleh dibuat melalui talian +60 11-2076 8083 atau e-mel [email protected]. – UMNO Online
Sertai Patriot 6! Sekolah Patriotik UMNO Malaysia Buka Permohonan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wanita BN Selangor Perkukuh Gerak Kerja, Bina Semula Keyakinan Rakyat
- MIHAS: Penyertaan Libya Buka Ruang Perluas Hubungan Dua Hala – Reezal Merican
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ziarah Kasih Wanita UMNO Jementah Terjemah Kepedulian, Semat Agenda Malaysia Biru
You must be logged in to post a comment.