Pembubaran DUN Tidak Hentikan Khidmat Kepada Rakyat – Ab Rauf
Pembubaran DUN Tidak Hentikan Khidmat Kepada Rakyat – Ab Rauf

MELAKA, 24 Sept – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidak akan menjejaskan kesinambungan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Menurut beliau, walaupun pembubaran DUN telah menjawab segala persoalan mengenai masa pelaksanaannya, pentadbiran negeri akan terus berfungsi seperti biasa sepanjang tempoh berkenaan.
“Namun satu perkara yang saya mahu rakyat terus yakin, bila pembubaran DUN bukan bermakna khidmat kepada rakyat turut terhenti.
“Pentadbiran negeri, penyampaian perkhidmatan awam, urusan kebajikan, keselamatan serta segala perkhidmatan harian kerajaan akan terus berjalan seperti biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di media sosial selepas meluangkan masa bersarapan di Medan Selera Limbongan sebelum memulakan tugas di pejabatnya pagi ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Satu Kerajaan, Banyak Suara… Siapa Tentukan Arah?
- Campur Tangan PH Khianati Mandat Rakyat Negeri Sembilan – Mohamad Fadil
- Pembubaran DUN Tidak Hentikan Khidmat Kepada Rakyat – Ab Rauf
SDG Bersasar: Pendekatan Berasaskan Data, Fahami Realiti Masyarakat Tempatan
Ab Rauf berkata, kesempatan bertemu rakyat secara langsung amat bermakna kerana ia membolehkan beliau duduk semeja, mendengar cerita serta memahami denyut nadi kehidupan masyarakat.
“Sebelum ini ramai yang bertanya, Tok bila DUN nak dibubarkan. Alhamdulillah, hari ini segala teka-teki sudah terjawab,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah sepanjang tempoh pentadbiran berkenaan.
“Insya-Allah, kita teruskan khidmat dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Kerajaan tetap bekerja, rakyat tetap diutamakan,” katanya.
Beliau turut mengakhiri perkongsian tersebut dengan slogan “Melaka Sayang Rakyat”. – UMNO Online
Pembubaran DUN Tidak Hentikan Khidmat Kepada Rakyat – Ab Rauf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Graduan TVET Pemacu Industri Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- Crowdfunding Bantu Najib Berpotensi Dapat Sokongan – Hasnal Rezua
- Kemelut Negeri Sembilan Berpunca Daripada Kerajaan Terdahulu – Menteri Besar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.