Graduan TVET Pemacu Industri Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
Graduan TVET Pemacu Industri Masa Depan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai antara pemacu penting industri masa depan negara.
Menurut beliau yang juga Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah di Dewan Tuanku Canselor, UPSI, perkembangan pesat teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), automasi, semikonduktor dan tenaga boleh baharu menjadikan penguasaan kemahiran teknikal semakin penting dalam memastikan Malaysia terus berdaya saing.
“Seperti yang sering saya tegaskan, TVET bukan lagi pilihan kedua. Dalam dunia yang bergerak pantas dengan AI, automasi, semikonduktor dan tenaga boleh baharu, kemahiran yang dimiliki anak-anak muda ini akan menjadi antara kekuatan utama negara.
“Kita mahu mereka melangkah lebih jauh dengan menjadi pencipta, inovator dan usahawan yang mampu menghasilkan sesuatu yang boleh kita banggakan sebagai “Made by Malaysian”.
“Semasa berucap, saya turut menggariskan tiga perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu penguasaan AI, data dan teknologi digital; memperkukuh inovasi gunaan bersama industri; serta membuka lebih banyak ruang kepada graduan untuk membina perusahaan sendiri,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Turun Padang, Santuni Warga Simpang Renggam
- Mesyuarat Terakhir, Ab Rauf Hargai Komitmen Barisan EXCO
Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib
Beliau berkata kerajaan mahu graduan TVET melangkah lebih jauh dengan menjadi pencipta, inovator dan usahawan yang mampu menghasilkan produk serta perkhidmatan bertaraf tinggi menerusi konsep “Made by Malaysian”.
Ahmad Zahid turut merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh graduan, ibu bapa dan keluarga, para pensyarah serta warga POLYCC atas kejayaan yang dicapai.
“Hari ini kita meraikan kejayaan anda. Selepas ini, biarlah Malaysia pula berbangga dengan apa yang anda jayakan. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online
Graduan TVET Pemacu Industri Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Satu Kerajaan, Banyak Suara… Siapa Tentukan Arah?
- Campur Tangan PH Khianati Mandat Rakyat Negeri Sembilan – Mohamad Fadil
- Pembubaran DUN Tidak Hentikan Khidmat Kepada Rakyat – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SDG Bersasar: Pendekatan Berasaskan Data, Fahami Realiti Masyarakat Tempatan
You must be logged in to post a comment.