MIHAS: Penyertaan Libya Buka Ruang Perluas Hubungan Dua Hala – Reezal Merican
MIHAS: Penyertaan Libya Buka Ruang Perluas Hubungan Dua Hala – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Penyertaan Libya di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) membuka ruang untuk memperluas hubungan perdagangan dua hala, kata Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Reezal Merican yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, penyertaan Libya turut membuka ruang baharu mereka meneroka pasaran Malaysia dan ekosistem halal global.
“Hari ini saya berbesar hati menyempurnakan pelancaran Libya Pavilion di MIHAS 2026. Ia merupakan satu lagi perkembangan penting dalam memperkukuh hubungan perdagangan dan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Libya.
“Penyertaan Libya di MIHAS 2026 bukan secara kebetulan. Ia merupakan kesinambungan daripada hubungan dan engagement yang telah dibina sejak Malaysia Export Acceleration Mission ke Libya pada Mei 2024.
“Daripada siri pertemuan dan perbincangan tersebut, hari ini Libya tampil di MIHAS dengan ‘country pavilion’ sendiri, membuka ruang baharu untuk syarikat-syarikat Libya meneroka pasaran Malaysia, ASEAN serta ekosistem halal global yang semakin berkembang,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Graduan TVET Pemacu Industri Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- Crowdfunding Bantu Najib Berpotensi Dapat Sokongan – Hasnal Rezua
- Kemelut Negeri Sembilan Berpunca Daripada Kerajaan Terdahulu – Menteri Besar
Reezal Merican yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam berkata, hubungan dua hala Malaysia-Libya boleh diperluaskan dalam pelbagai bidang termasuklah pelaburan dan rakan kongsi strategik (strategic partnerships).

“Lebih daripada sekadar sebuah pavilion, penyertaan ini mencerminkan bagaimana hubungan antara kerajaan, institusi dan komuniti perniagaan boleh diterjemahkan kepada peluang perdagangan yang sebenar.
“Sebagai Pengerusi MATRADE, saya melihat ruang yang besar untuk memperluaskan lagi hubungan dua hala ini… bukan sahaja dalam perdagangan, tetapi juga dalam pelaburan, ‘business matching’ dan ‘strategic partnerships’ yang memberi nilai bersama kepada kedua-dua negara.
“Malaysia dan Libya — daripada persahabatan, kita bina perdagangan. Daripada perdagangan, kita cipta kemakmuran bersama,” katanya lagi. – UMNO Online
MIHAS: Penyertaan Libya Buka Ruang Perluas Hubungan Dua Hala – Reezal Merican
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Jemput Orang Ramai Hadir Musyawarah Nasional Siri 3
- Campur Tangan PH Khianati Mandat Rakyat Negeri Sembilan – Mohamad Fadil
- Pembubaran DUN Tidak Hentikan Khidmat Kepada Rakyat – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Tidak Menjatuhkan YamTuan, Tetap Junjung Undang-Undang dan Adat Perpatih
You must be logged in to post a comment.