Ahmad Zahid Jemput Orang Ramai Hadir Musyawarah Nasional Siri 3

Ahmad Zahid Jemput Orang Ramai Hadir Musyawarah Nasional Siri 3

Ahmad Zahid Jemput Orang Ramai Hadir Musyawarah Nasional Siri 3

MELAKA, 25 September — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjemput orang ramai untuk hadir dan bersama-sama mengikuti Musyawarah Nasional Siri 3 yang akan berlangsung di MITC, Melaka, esok.

Musyawarah Nasional Siri 3 yang mengangkat tema “Membongkar Polemik Tanah Melayu” itu dijadual bermula pada 8.30 pagi, 26 September 2026 (Sabtu).

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, program berkenaan menjadi ruang untuk masyarakat menelusuri sejarah serta memahami persoalan berkaitan Tanah
Melayu daripada pelbagai sudut dan perspektif.

Beliau turut menggalakkan orang ramai mengambil peluang untuk berkongsi pandangan dalam semangat musyawarah menerusi wacana berkenaan.

“Semua dijemput hadir untuk bersama-sama mengikuti wacana ini dan berkongsi pandangan dalam semangat musyawarah,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SDG Bersasar: Pendekatan Berasaskan Data, Fahami Realiti Masyarakat Tempatan


Menurut beliau, perbincangan mengenai perkara terdahulu penting bagi membantu masyarakat memahami keadaan semasa dengan lebih baik.

Beliau berharap wacana itu dapat membuka ruang kepada perbincangan yang lebih matang serta berpandukan fakta.

Turut diadakan ialah forum ilmiah dengan antara ahli panel yang terlibat ialah Pakar Perundangan Perlembagaan dan Undang-Undang Awam Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz dan Pakar Bahasa dan Perpaduan Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.

Orang ramai dijemput hadir ke MITC, Melaka, pada 26 September 2026, bermula jam 8.30 pagi bagi mengikuti wacana berkenaan serta menyumbang pandangan dalam suasana musyawarah.

Sila imbas kod QR yang disediakan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pendaftaran. – UMNO Online

Ahmad Zahid Jemput Orang Ramai Hadir Musyawarah Nasional Siri 3


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jentera BN Asahan Digerakkan, Perkasa Kekuatan Parti


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker