HAWA Perkukuh Silaturahim, Dekati Masyarakat Melalui Program Rewang
HAWA Perkukuh Silaturahim, Dekati Masyarakat Melalui Program Rewang

MASJID TANAH, 28 Sept – Pertubuhan Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Malaysia (HAWA) terus memperkukuh hubungan silaturahim bersama masyarakat dan akar umbi menerusi penganjuran program rewang bersama HAWA Melaka di sini, hari ini.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, penganjuran program sedemikian membolehkan HAWA melaksanakan fungsinya menyampaikan dasar dan polisi kerajaan ke peringkat akar umbi.
“Program rewang ini diadakan bersama HAWA Melaka yang menjadi tuan rumah pada hari ini. Mereka turut menjemput isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis sebagai tetamu kehormat.
“Tujuan program rewang ini diadakan adalah untuk mengeratkan dan mengekalkan silaturahim dalam kalangan ibu, wanita serta isteri, selain memperkukuh hubungan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“HAWA merupakan sebuah NGO yang berperanan membawa dasar dan polisi kerajaan ke peringkat akar umbi, di samping menyampaikan kepada pihak berkuasa isu-isu yang memerlukan perhatian serta tindakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sertai Patriot 6! Sekolah Patriotik UMNO Malaysia Buka Permohonan
- Agenda Malaysia Biru: Beri Peluang Luas Kepada Pemimpin, Idea Baharu
- JETP Tangkak Fokus Perkukuh Ekonomi, Pastikan Rakyat Nikmati Manfaat
Jelas Bekas MB Gagal Faham Fungsi, Punca Kuasa Undang Yang Empat
“Melalui program seperti rewang ini, kami dapat bersama-sama dengan NGO dan para pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi. Setiap kali turun ke lapangan, kami berpeluang mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai isu-isu yang ingin diketengahkan dan memerlukan perhatian pihak berkuasa,” katanya kepada UMNO Online.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa masyarakat amat menghargai pembangunan yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara merangkap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
“Di Tanjung Bidara ini, mereka turut menyampaikan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka dan menyatakan kepuasan terhadap prestasi kepimpinan beliau, khususnya dari segi pembangunan yang dibawa oleh Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kawasan Tanjung Bidara serta Masjid Tanah.
“Dalam tempoh kira-kira tiga tahun ini, banyak perubahan juga pembangunan telah dilaksanakan di Masjid Tanah dan Tanjung Bidara. Perkara ini amat dihargai oleh masyarakat setempat,” katanya lagi.
Di samping itu, mereka turut menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wanita BN Selangor Perkukuh Gerak Kerja, Bina Semula Keyakinan Rakyat
- MIHAS: Penyertaan Libya Buka Ruang Perluas Hubungan Dua Hala – Reezal Merican
Ziarah Kasih Wanita UMNO Jementah Terjemah Kepedulian, Semat Agenda Malaysia Biru
“Alhamdulillah, mereka turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri KKDW di atas pelbagai pembangunan yang dibawa ke Melaka, khususnya di kawasan Masjid Tanah,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi HAWA Melaka, Datuk Haryati Hamzah di atas usaha untuk menganjurkan program tersebut.
“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Haryati Hamzah, Pengerusi HAWA Melaka. Beliau merupakan seorang pemimpin wanita yang luar biasa, rajin, mempunyai visi dan keberanian dalam membawa isu-isu daripada peringkat akar umbi kepada pihak berkuasa.
“Beliau sentiasa berani mengetengahkan isu-isu tersebut tanpa rasa gusar. Perkara inilah yang amat kami hormati dalam diri beliau. Beliau merupakan antara pemimpin wanita yang berani dan mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam kepimpinan negara pada masa hadapan,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
HAWA Perkukuh Silaturahim, Dekati Masyarakat Melalui Program Rewang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Perkukuh Sejarah, Fahami Asas Negara – Ahmad Zahid
Suruhanjaya Ekonomi Gig perlu disegerakan – Fairuz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.