Kerajaan Negeri Komited Perkasa Produktiviti, Teknologi Pertanian Johor

Kerajaan Negeri Komited Perkasa Produktiviti, Teknologi Pertanian Johor

Kerajaan Negeri Komited Perkasa Produktiviti, Teknologi Pertanian Johor

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Md Israk Abdullah berbesar hati merasmikan Program Sinergi Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, berkata program berkenaan merupakan ruang penting bagi mendengar isu serta cabaran yang dihadapi golongan peladang di lapangan, selain mencari penyelesaian secara bersama.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan merasmikan Program Sinergi PPNJ Bersama Pemimpin-pemimpin Peladang Negeri Johor 2026.

“Program ini menjadi ruang penting untuk memperkukuh sinergi antara Kerajaan Negeri, PPNJ, PPK dan kepimpinan peladang dalam mendengar isu di lapangan serta mencari penyelesaian secara bersama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam program tersebut, turut berlangsung penyerahan Geran Pengurusan, Pendidikan dan Lawatan berjumlah RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tanah Melayu Bukan Sekadar Istilah, Asas Identiti Dan Perlembagaan Negara


Penyerahan itu melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM870,000 kepada 29 PPK di seluruh negeri Johor bagi menyokong pengurusan, pendidikan serta pelaksanaan aktiviti berkaitan.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kerjasama dalam meningkatkan produktiviti, memperluas penggunaan teknologi, memperkukuh rantaian bekalan serta memastikan pembangunan sektor pertanian terus memberi manfaat kepada peladang dan rakyat Johor,” ujar beliau. – UMNO Online

Kerajaan Negeri Komited Perkasa Produktiviti, Teknologi Pertanian Johor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengalaman Lawatan Kerja Jadi Input Perkukuh Sektor Pertanian Pahang

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker