PRN Melaka: Terus Turun Padang, Terjemah BN Sayang Rakyat
PRN Melaka: Terus Turun Padang, Terjemah BN Sayang Rakyat

MELAKA, 29 Sept – Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan terus memperhebat gerak kerja di peringkat akar umbi menerusi siri turun padang bagi mendengar suara rakyat, menyantuni masyarakat serta memperkukuh jentera Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan.
Pendekatan turun padang itu turut membabitkan pertemuan bersama jentera BN di DUN Asahan, lawatan ke Kampung Jus Permai serta Majlis Pelancaran Jentera BN N.09 DUN Durian Tunggal.
Dalam program santai bersama jentera BN, Fairul Nizam meluangkan masa beramah mesra dan bertukar pandangan dengan para petugas, selain memperkukuh semangat kebersamaan dalam memastikan gerak kerja di lapangan terus berjalan lancar.
Beliau turut menyantuni Saudara Aziz Kasim di Rumah Mesra Rakyat yang telah siap dibina serta mengunjungi Abang Dol Gunting Rambut di Selandar bagi meninjau keperluan kerja baik pulih kedai berkenaan.
“Semoga segala urusan dipermudahkan dan bantuan yang diberikan nanti dapat memberi manfaat serta meringankan beban,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rewang: HAWA Melaka Teruskan Usaha Kebajikan, Dekat Dengan Masyarakat
- AMK Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’ – Pemuda UMNO Negeri Sembilan
- Lampu Isyarat Pintar Johor Kurangkan Masa Perjalanan Rakyat
Pengalaman Lawatan Kerja Jadi Input Perkukuh Sektor Pertanian Pahang
Sementara itu, lawatan kerja ke Kampung Jus Permai memberi tumpuan kepada isu dan keperluan penduduk setempat.
Turut bersama dalam lawatan berkenaan ialah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Daerah dan Tanah Jasin (PDTJ) serta CMI bagi meninjau keadaan di kawasan berkenaan dan mendapatkan maklum balas secara langsung daripada penduduk.
Fairul Nizam berkata, pendekatan turun padang penting bagi memastikan isu yang dibangkitkan masyarakat dapat difahami dengan lebih jelas dan dibawa kepada pihak berkaitan untuk tindakan sewajarnya.
“Terus turun padang, dengar suara rakyat, cari solusi.
“Semoga segala permasalahan yang dibangkitkan dapat diberi perhatian dan tindakan sewajarnya demi kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wanita UMNO Melaka Bersedia Hadapi PRN, Gerak Kerja Terus Diperkasa
- HAWA Perkukuh Silaturahim, Dekati Masyarakat Melalui Program Rewang
Tanah Melayu Bukan Sekadar Istilah, Asas Identiti Dan Perlembagaan Negara

Dalam perkembangan lain, Fairul Nizam turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera BN N.09 DUN Durian Tunggal malam tadi.
Beliau berkata, semangat yang ditunjukkan anggota jentera pada majlis itu memperlihatkan kesediaan mereka untuk memperkukuh gerak kerja secara bersama.
“Semangat yang ditunjukkan malam ini membuktikan BN Durian Tunggal sudah bersedia.
“Jentera digerakkan, saf diperkuatkan dan perjuangan diteruskan demi rakyat. Ayuh rapatkan barisan, satukan kekuatan dan terus bekerja. Kita bergerak sebagai satu pasukan, demi Durian Tunggal dan Melaka,” katanya lagi. – UMNO Online
PRN Melaka: Terus Turun Padang, Terjemah BN Sayang Rakyat
DISYOR
KAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Produktiviti, Teknologi Pertanian Johor
- Kompleks Mahkamah Johor Bahru Dijangka Beroperasi Jan 2027 – Azalina
- Penerokaan Teknologi Satelit, AI Penting Perkukuh Sektor Perladangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Titah Sultan Kelantan Jadi Panduan Perkasa Ekosistem Tahfiz Negara – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.