Gara-gara cemburu, lelaki ceroboh rumah, tikam dua beradik di Kepong
Gara-gara cemburu, lelaki ceroboh rumah, tikam dua beradik di Kepong

KUALA LUMPUR: Dua beradik termasuk wanita cedera selepas ditikam lelaki warga asing yang menceroboh masuk ke sebuah rumah di Taman Sri Bintang, Kepong, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam, berkata pihaknya menerima panggilan MERS999 daripada orang awam kira-kira jam 5.04 pagi memaklumkan seorang lelaki menceroboh masuk ke rumah.
Beliau berkata, polis yang tiba di lokasi mendapati terdapat kesan terbakar di bahagian luar rumah. selain menemukan dua mangsa yang cedera sedang bersembunyi dalam tandas di tingkat bawah.
“Polis kemudian naik ke tingkat atas rumah dan mendapati suspek warga asing berada dalam sebuah bilik sambil memegang sebilah pisau.
“Suspek kemudiannya ditahan polis yang turut merampas pisau digunakan,” katanya kepada media hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Produktiviti, Teknologi Pertanian Johor
- Kompleks Mahkamah Johor Bahru Dijangka Beroperasi Jan 2027 – Azalina
- Penerokaan Teknologi Satelit, AI Penting Perkukuh Sektor Perladangan
Titah Sultan Kelantan Jadi Panduan Perkasa Ekosistem Tahfiz Negara – Ahmad Zahid
Anuar Bakri berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa yang juga warga tempatan serta suspek mengalami kecederaan akibat kesan tikaman.
“Ketiga-tiganya kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai cemburu terhadap mangsa wanita kerana berhubung semula dengan bekas teman lelaki.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menyalurkan maklumat atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Gara-gara cemburu, lelaki ceroboh rumah, tikam dua beradik di Kepong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Polemik Datang Dan Pergi, Amanah Rakyat Tetap Diteruskan – Mohd Zaidy
- Semarak Agenda Malaysia Biru, UMNO Pendang Perkasa Gerak Kerja
- Kerajaan Johor Terus Perkukuh Ekosistem Pendidikan, Berdaya Saing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.