2 remaja perempuan cedera lompat keluar tingkap selepas rumah terbakar
2 remaja perempuan cedera lompat keluar tingkap selepas rumah terbakar

PITAS: Dua remaja perempuan cedera selepas melompat keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Dandun, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa masing-masing berusia 18 dan 13 tahun dilaporkan cedera ketika cuba menyelamatkan diri sebelum dibawa ke hospital oleh orang awam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Penolong Penguasa Bomba Noor Jali Maslah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.55 pagi.
Katanya, tujuh anggota bersama jentera tiba di lokasi kejadian yang terletak sejauh 23 kilometer pada jam 5.24 pagi membabitkan dua rumah jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya.
“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi memadam dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.24 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian dan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
2 remaja perempuan cedera lompat keluar tingkap selepas rumah terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Polemik Datang Dan Pergi, Amanah Rakyat Tetap Diteruskan – Mohd Zaidy
- Semarak Agenda Malaysia Biru, UMNO Pendang Perkasa Gerak Kerja
- Kerajaan Johor Terus Perkukuh Ekosistem Pendidikan, Berdaya Saing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.