Kes air ketum: Lapan polis antara 9 ditahan di Taman Keramat

Kes air ketum: Lapan polis antara 9 ditahan di Taman Keramat

Kes air ketum: Lapan polis antara 9 ditahan di Taman Keramat
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Lapan anggota polis antara sembilan ditahan atas kesalahan berkaitan air ketum dalam serbuan di Taman Keramat di sini, kelmarin.

Menurut sumber, serbuan dilakukan jam 8.45 malam di Jalan AU1 Taman keramat, di sini, hasil kerjasama Cawangan Risikan dan Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya.

“Lapan anggota ditahan itu membabitkan tujuh yang bertugas di pelbagai cawangan sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, manakala seorang lagi bertugas di IPD Brickfields.

“Turut ditahan bersama mereka di lokasi adalah seorang orang awam,” kata sumber itu.

Sumber sama memaklumkan semua suspek kini ditempatkan di Lokap Balai Polis Hulu Kelang, dengan permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid mengesahkan penahanan itu, dengan siasatan telus dilaksanakan pihak IPD Ampang Jaya.

Kes air ketum: Lapan polis antara 9 ditahan di Taman Keramat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker