Kes tembak ahli perniagaan di Bidor: 9 saksi diambil keterangan

Kes tembak ahli perniagaan di Bidor: 9 saksi diambil keterangan

Kes tembak ahli perniagaan di Bidor: 9 saksi diambil keterangan
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin. – NSTP/ Syafiq AKhir

IPOH: Polis merakam keterangan sembilan saksi bagi membantu siasatan kes seorang ahli perniagaan yang ditembak di stesen minyak di Bidor Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, selain sembilan saksi di lokasi kejadian, pihaknya turut selesai mengambil keterangan mangsa.

Menurutnya, mangsa yang juga warga tempatan berusia 41 tahun kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan dan menjalani pembedahan di Hospital Seri Manjung.

“Sembilan saksi dirakam keterangan itu membabitkan tiga ahli keluarga mangsa yang berada di dalam kenderaan sama ketika kejadian.

“Selain itu, saksi lain turut dirakam keterangan adalah dua individu yang berada di dalam kereta Perodua Alza berhampiran lokasi serta pekerja stesen minyak berkenaan,” katanya dalam satu sidang media selepas majlis meraikan Pesara dan Bakal Pesara Kontinjen Perak tahun 2026 di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih TPM, Jalan Kampung Parit Keroma Dinaik Taraf


Mengulas lanjut, beliau memberitahu pihaknya percaya kejadian itu membabitkan tiga individu termasuk seorang pemandu kenderaan.Ada kemungkinan dia (mangsa) diekori. Jika tidak suspek tak datang dengan laju.

“Kenderaan suspek memecut dan berhenti di hadapan kereta mangsa sebelum tembakan dilepaskan dari dua sudut iaitu arah depan dan kanan.

“Polis sudah melihat CCTV di tol dan sebagainya, tetapi apa yang kita dapati mereka tak keluar dari tol. Jadi kita masih lagi melihat daripada pelbagai sudut untuk kenal pasti suspek,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki cedera pada bahu kiri dipercayai ditembak dua individu bersenjata api di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, kira-kira jam 6.08 petang pada Selasa lalu.

Kes tembak ahli perniagaan di Bidor: 9 saksi diambil keterangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker