Guru KAFA, Yayasan Islam Terengganu diperintah bayar RM47,000 kepada remaja parah dihempas ke kerusi kayu
Guru KAFA, Yayasan Islam Terengganu diperintah bayar RM47,000 kepada remaja parah dihempas ke kerusi kayu

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Yayasan Islam Terengganu (YIT) membayar ganti rugi am RM30,000 kepada seorang remaja yang cedera parah akibat dihempas ke kerusi kayu, empat tahun lalu.
Peguam, Mohd Hazwan Hamidun yang mewakili remaja berkenaan, berkata mahkamah turut memerintahkan guru KAFA itu, Ahmad Mursyidin Abdullah dan YIT membayar kos RM17,000 serta faedah lima peratus setahun dari tempoh saman difailkan, iaitu pada Januari 2023 sehingga penyelesaian penuh kes kepada mangsa.
Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Yusrin Faidz Yusoff membuat keputusan itu semalam selepas membenarkan rayuan dikemukakan mangsa yang kini berusia 13 tahun melalui ibunya.
“Keputusan Mahkamah Tinggi itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu yang sebelum ini menolak tuntutan remaja berkenaan.
“Dalam penghakimannya, hakim Mahkamah Tinggi mendapati hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini terkhilaf dan gagal menilai keterangan dua saksi mata yang berada di dalam kelas sama (dengan mangsa).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jafry Ariffin Kenang Pengalaman Budaya Sabah Dipersembahkan Di China
- ‘Pilih Tren Elak Trafik, Sekali Tambang Naik’ – Suraya
- Sorok, Sembunyi Dan Nafikan… PKR Ulang Modus Operandi Lama?
“Hakim Mahkamah Tinggi juga mendapati hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila gagal meneliti laporan perubatan pakar Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) yang mengesahkan kecederaan itu adalah akibat hentakan kuat,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Remaja itu yang ketika kejadian berusia sembilan tahun diwakili ibunya sebagai plaintif, memfailkan tuntutan berkenaan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Guru KAFA, Yayasan Islam Terengganu diperintah bayar RM47,000 kepada remaja parah dihempas ke kerusi kayu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Janji Politik PH Dipersoal, Anthony Loke Tak Jadi Letak Jawatan?
- Majlis Ulama UMNO Gesa Tindakan Tegas Terhadap Ajaran New Age Movement
- Belanjawan 2027: Empat Tuntutan Utama Rakyat Labuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha
You must be logged in to post a comment.