Mekanik cedera ditembak lelaki bermotosikal

Mekanik cedera ditembak lelaki bermotosikal

Mekanik cedera ditembak lelaki bermotosikal
Polis menjalankan melakukan siasatan di lokasi kes mekanik ditembak di Jalan Sungai Lembu, Bukit Mertajam. Foto Muhammad Na’Im Fitri Abu Bakar/NSTP

BUKIT MERTAJAM: Seorang mekanik berusia 43 tahun cedera pada tapak tangan kanan selepas ditembak dalam kejadian di bengkel kereta di Jalan Sungai Lembu, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, sekurang-kurangnya tiga das tembakan dilepaskan ke arah mangsa.

Menurut sumber, mangsa dikatakan didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal ketika berada di bengkel berkenaan sebelum suspek melepaskan tembakan.

Mangsa dilaporkan berlari bagi menyelamatkan diri sejauh kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian dan melompat pagar bertentangan tanah perkuburan Cina.

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kulim, Kedah sebelum dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berbeza Wadah, Satu Akidah: Dr Akmal Tekankan Semangat Ukhuwah

Polis kini sedang menyiasat motif kejadian dan mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah lampau.

Sebelum itu, pasukan polis dan forensik menemui beberapa butir peluru serta kelongsong di tempat kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Usaha mengesan dan menjejaki suspek kini sedang giat dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

Mekanik cedera ditembak lelaki bermotosikal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Multaqa Ilmuwan Islam, Konvensyen Pendidikan Melayu Buka Tirai PAU 2026

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker