Berbeza Wadah, Satu Akidah: Dr Akmal Tekankan Semangat Ukhuwah
Berbeza Wadah, Satu Akidah: Dr Akmal Tekankan Semangat Ukhuwah

KUALA LUMPUR, — Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Akmal Saleh menegaskan perbezaan wadah politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha memperkukuh ukhuwah dan penyatuan ummah.
Beliau berkata demikian selepas bertemu kepimpinan Pemuda Pas Malaysia dalam suasana penuh ukhuwah sempena Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia, hari ini.
Menurut beliau, persamaan dari sudut akidah dan kepentingan umat Islam perlu menjadi asas kepada usaha membina jambatan kerjasama serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan generasi muda.
“Berbeza wadah, namun satu akidah. Kita boleh berbeza pendekatan dan perjuangan politik, tetapi ukhuwah sesama umat Islam perlu terus dipelihara.
“Semoga setiap pertemuan membawa penyatuan dan setiap perjuangan mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Akmal turut menyampaikan ucapan selamat bermuktamar kepada seluruh barisan Pemuda Pas serta mendoakan agar persidangan tersebut berlangsung dengan lancar dan membawa manfaat kepada perjuangan anak muda serta umat Islam.
Beliau percaya golongan pemuda mempunyai peranan penting dalam mencorakkan masa depan negara, khususnya dalam membina titik persamaan dan merapatkan jurang perbezaan demi kepentingan ummah.
“Insya-Allah, pemuda akan terus memainkan peranan memimpin usaha penyatuan ummah. Perbezaan jangan dijadikan tembok, sebaliknya jadikan persamaan sebagai jambatan untuk kita melangkah bersama,” katanya lagi. – UMNO Online
Berbeza Wadah, Satu Akidah: Dr Akmal Tekankan Semangat Ukhuwah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kemenangan PRN Jadi Suntikan Semangat Menjelang PAU 2026
- Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 Berkuat Kuasa, Perkukuh Perlindungan Pelaburan Dan Pekerjaan
- Jaga Diri, Jaga Keluarga Ketika Kualiti Udara Menurun
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.