Azmawi Perkukuh Khidmat Bakti, Terus Dekati Rakyat Nenggiri

Azmawi Perkukuh Khidmat Bakti, Terus Dekati Rakyat Nenggiri

Azmawi Perkukuh Khidmat Bakti, Terus Dekati Rakyat Nenggiri

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani terus memperkukuh hubungan bersama rakyat menerusi pendekatan turun padang dan menyantuni masyarakat di kawasan.

Terbaharu beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, berbesar hati menziarahi kediaman beberapa keluarga di Bertam untuk meninjau keadaan mereka yang terjejas.

“Minggu lalu, ribut melanda kawasan Bertam dan mengakibatkan lapan buah rumah mengalami kerosakan, termasuk zink yang tercabut akibat dipukul angin kuat.

“Petang semalam, ambo bersama Abe Naim menziarahi mangsa yang terlibat untuk bertanya khabar dan melihat keadaan mereka.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan kepada semua yang terkesan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat


Sementara itu, pada perkongsian berbeza Mohd Azmawi turut meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk terus menyantuni masyarakat setempat.

“Alhamdulillah, saya meraikan Majlis Perkahwinan Nurul Norliana dan Mohd Azuan di Kampung Bertam Baru.

Azmawi Perkukuh Khidmat Bakti, Terus Dekati Rakyat Nenggiri

“Tahniah buat kedua-dua mempelai. Semoga dikurniakan rumah tangga yang penuh kasih sayang, keberkatan dan kebahagiaan, serta kekal bersama hingga ke Jannah,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, Mohd Azmawi turut menziarahi jenazah Allahyarham Mohamad Husin yang baru sahaja meninggal dunia di Hospital Besar Gua Musang.

Beliau dalam pada itu berharap ahli keluarga Allahyarham terus diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang serta dipermudahkan segala urusan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPU Terus Lahirkan Generasi Pemimpin Berilmu, Berprinsip


“Ambo telah menerima berita duka, Pok Cik Mohamad Husin dari Kampung Pasir Tumbuh telah pulang ke pangkuan Ilahi.

“Ambo ke bilik Jenazah Hospital Besar Gua Musang bagi menziarah dan solat jenazah buat arwah.

“Salam takziah buat keluarga, semoga ahli keluarga tabah dalam menghadapi detik duka ini dan sama-sama kita doakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya. – UMNO Online

Azmawi Perkukuh Khidmat Bakti, Terus Dekati Rakyat Nenggiri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hari Kebangsaan: Kenang Sejarah, Hargai Pengorbanan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker