Pavilion Perak Serlah Potensi Agromakanan Negeri Di MAHA – Zolkafly

Pavilion Perak Serlah Potensi Agromakanan Negeri Di MAHA – Zolkafly

Pavilion Perak Serlah Potensi Agromakanan Negeri Di MAHA – Zolkafly

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun menyifatkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2026 sebagai platform strategik bagi memperkenalkan sektor agromakanan negeri itu ke peringkat lebih luas.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lintang berkata, Pavilion Perak yang diketengah memberi peluang mengetengahkan hasil pertanian serta produk berkualiti keluaran usahawan dan pemain industri agro negeri.

“Pavilion Perak menjadi platform penting untuk mengetengahkan keunggulan sektor agromakanan negeri, hasil pertanian tempatan serta produk-produk berkualiti keluaran usahawan Perak.

“Pada masa yang sama, penyertaan ini membuka ruang yang lebih luas kepada usahawan dan pemain industri agro negeri untuk meneroka peluang pasaran baharu serta membina jaringan perniagaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

“MAHA 2026 juga menjadi medan terbaik untuk kita memperlihatkan potensi besar Negeri Perak dalam sektor pertanian dan industri agromakanan,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tegaskan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang Mesti Sentiasa Dihormati

Zolkafly berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook selepas berkongsi Majlis Pelancaran #MohKomeKe Pavilion Perak yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), hari ini.

Katanya lagi langkah tersebut selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh agenda keterjaminan makanan serta melahirkan lebih ramai usahawan agro yang berdaya saing.

“Semoga penyertaan Negeri Perak di MAHA 2026 terus memperkukuh imej Perak sebagai sebuah negeri yang mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian dan industri agro.

“Sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan serta membawa manfaat kepada rakyat Negeri Perak.

“Jom bersama-sama memeriahkan Pavilion Perak! #MohKomeKe dan saksikan sendiri kehebatan serta keunikan produk, hasil dan potensi agro Negeri Perak di MAHA 2026,” ujar beliau. – UMNO Online

Pavilion Perak Serlah Potensi Agromakanan Negeri Di MAHA – Zolkafly


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPU Terus Lahirkan Generasi Pemimpin Berilmu, Berprinsip

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker