Universiti, Industri Dan Sektor Pertahanan Bergerak Seiring Bangunkan Keupayaan Tempatan
Universiti, Industri Dan Sektor Pertahanan Bergerak Seiring Bangunkan Keupayaan Tempatan

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Universiti, industri dan sektor pertahanan perlu bergerak seiring untuk membangunkan keupayaan tempatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau berpandangan bahawa keupayaan universiti perlu dihubungkan dengan keperluan sebenar Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Pada Jumaat saya telah menerima kunjungan delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai Naib Canselor, Profesor Dr Yatimah Alias di Wisma Pertahanan.
“Universiti mempunyai keupayaan besar dalam penyelidikan, teknologi dan inovasi yang perlu dihubungkan dengan keperluan sebenar ATM serta industri pertahanan.
“Kerjasama ini perlu dimanfaatkan termasuk melalui pemindahan teknologi daripada perolehan luar negara untuk membangunkan prototaip, inovasi dan komponen tempatan yang berpotensi menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semarak Patriotisme, Suburkan Semangat Cinta Kepada Negara – Saiful Yazan
- RCI TH: Jangan Pilih Separuh Cerita – Farhan Ahmad
Pemuda UMNO 77 Tahun: Teguh Teruskan Perjuangan – Saifullah Ali
Mengulas lanjut, beliau yang juga Nasib Presiden UMNO berpandangan bahawa kerjasama tersebut mampu untuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar negara.
“UMPSA sendiri telah membangunkan teknologi seperti Rocket-Assisted Interceptor Drone (R.A.I.D) bagi memenuhi keperluan pertahanan dan menangani ancaman semasa.
“Keupayaan dalam bidang ‘autonomous’ dan ‘unmanned system’ perlu terus diperkukuh bagi memenuhi keperluan operasi semasa dan masa hadapan.
“Kita perlu memulakan perjalanan ini bersama-sama. Universiti, industri dan sektor pertahanan perlu bergerak seiring untuk membangunkan keupayaan tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar negara,” katanya lagi. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiga Program Utama Meriahkan Pra-Perhimpunan Agung UMNO 2026
- Ismail Lasim Angkat Sumpah MKT UMNO Baharu
- Perkhidmatan PBT Diperkasa, Keselesaan Rakyat Jadi Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Tegaskan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang Mesti Sentiasa Dihormati
You must be logged in to post a comment.