Semarak Patriotisme, Suburkan Semangat Cinta Kepada Negara – Saiful Yazan
Semarak Patriotisme, Suburkan Semangat Cinta Kepada Negara – Saiful Yazan

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman meneruskan semarak sambutan bulan kebangsaan dengan penganjuran Program Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Pilah.
Beliau yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Pilah berkata, penglibatan masyarakat dalam program sebegini penting bagi menyemarakkan semangat patriotisme selain memupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara.
“Kibaran Jalur Gemilang bukan sekadar lambang kemerdekaan, tetapi tanda cinta, perpaduan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.
“Semoga semangat patriotisme terus subur dalam jiwa kita dan menjadi kekuatan untuk membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera. Ayuh kibarkan Jalur Gemilang!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sementara itu, Saiful turut sama menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW di Surau Kampung Pasit, Johol.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun Diperkasa… Fokus Nilai Tambah, Pekerjaan Berkemahiran Tinggi
- RCI TH Bukan Modal Politik, Biar Fakta Dan Audit Menjawab
- Pemuda UMNO Terus Jadi Nadi Perjuangan, Generasi Pelapis Masa Hadapan
Jangan Kompromi Wang Rakyat, Mohd Zaidy Sokong Pemulangan RM3.09 Juta

Katanya, sambutan berkenaan menjadi wadah untuk menghayati sirah dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.
“Berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW di Surau Kampung Pasit, Johol. Majlis berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan ukhuwah, di samping menghayati sirah serta akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Semoga sambutan ini terus menyuburkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat,” ujar beliau. – UMNO Online
Semarak Patriotisme, Suburkan Semangat Cinta Kepada Negara – Saiful Yazan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Ziarah Mursyidul Am Pas
- Gerak Kerja Diperkemas Demi Suara, Kepentingan Rakyat Paya Besar
- 77 Tahun Wanita UMNO: Teguh Berkhidmat, Terus Mewarisi – Wan Mohalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.