77 Tahun Wanita UMNO: Teguh Berkhidmat, Terus Mewarisi – Wan Mohalina
77 Tahun Wanita UMNO: Teguh Berkhidmat, Terus Mewarisi – Wan Mohalina

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Wanita UMNO sudah 77 tahun membuktikan kekuatan perjuangan, kesetiaan, keberanian dan kesungguhan untuk terus turun padang bersama rakyat, kata Exco Wanita UMNO, Wan Mohalina Wan Mohamad.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Kak Wan berkata, sepanjang tujuh dekad perjuangan, Wanita UMNO kekal menjadi nadi penting parti dalam membela keluarga, memperkasa wanita serta berdiri teguh setiap kali UMNO berdepan ujian.
“Selama 77 tahun, Wanita UMNO terus menjadi nadi perjuangan dan berbakti kepada rakyat, membela keluarga, memperkasa wanita dan berdiri teguh ketika parti diuji.
“Kekuatan Wanita UMNO bukan pada jawatan yang disandang, tetapi pada semangat untuk terus bekerja. Itulah yang membuatkan lawan gerun, bukan kerana kita mengejar kedudukan, tetapi kerana kita tidak pernah berhenti berjuang demi agama, bangsa dan negara.
“Yang penting ialah khidmat, kesetiaan dan keberanian untuk turun bekerja demi rakyat. Selagi rakyat memerlukan pembelaan dan selagi perjuangan parti belum selesai, Wanita UMNO akan terus melangkah, bekerja dan mempertahankan amanah yang diwariskan generasi terdahulu,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum, Tarik Lebih Banyak Pelaburan
- Semarak Jiwa Patriotik, Kecintaan Kepada Negara Sempena Bulan Kebangsaan – Isam
- Jangan Korbankan MARA Demi Politik – Mohamad Fazly
Wan Mohalina yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani menjelaskan kekuatan Wanita UMNO selama ini lahir daripada kesetiaan, pengorbanan dan keberanian anggotanya untuk terus berdiri bersama rakyat, khususnya ketika berdepan pelbagai cabaran dan ujian.
“Hari ini kita berjuang. Esok kita mewariskan perjuangan ini kepada anak bangsa. Itulah makna sebenar perjuangan yang kita bawa, bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk generasi yang akan datang.
“77 tahun Wanita UMNO terus mara, terus berbakti, terus mewarisi perjuangan. Kita tidak boleh berhenti kerana perjuangan membela rakyat tidak pernah mengenal noktah,” katanya lagi.
Tambah beliau, usia 77 tahun bukan alasan untuk Wanita UMNO berundur, sebaliknya menjadi suntikan semangat untuk terus bergerak lebih pantas, lebih berani dan lebih dekat dengan rakyat.
“Selagi ada rakyat yang memerlukan pembelaan, selagi ada keluarga yang perlu dibantu dan selagi masa depan anak bangsa perlu dipertahankan, selagi itulah Wanita UMNO akan terus melangkah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun Diperkasa… Fokus Nilai Tambah, Pekerjaan Berkemahiran Tinggi
- RCI TH Bukan Modal Politik, Biar Fakta Dan Audit Menjawab
- Pemuda UMNO Terus Jadi Nadi Perjuangan, Generasi Pelapis Masa Hadapan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Kompromi Wang Rakyat, Mohd Zaidy Sokong Pemulangan RM3.09 Juta
“Warisan perjuangan ini mesti kita jaga, kita suburkan dan kita serahkan kepada generasi seterusnya dalam keadaan lebih kukuh,” jelasnya.
Ujarnya, 77 tahun bukan penamat. Ini adalah amanah untuk teruskan perjuangan. Hari ini berdiri, esok generasi baharu akan menyambung langkah. Itulah legasi yang mahu ditinggalkan. – UMNO Online
77 Tahun Wanita UMNO: Teguh Berkhidmat, Terus Mewarisi – Wan Mohalina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun Diperkasa… Fokus Nilai Tambah, Pekerjaan Berkemahiran Tinggi
- RCI TH Bukan Modal Politik, Biar Fakta Dan Audit Menjawab
- Pemuda UMNO Terus Jadi Nadi Perjuangan, Generasi Pelapis Masa Hadapan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Kompromi Wang Rakyat, Mohd Zaidy Sokong Pemulangan RM3.09 Juta
You must be logged in to post a comment.