Jangan Korbankan MARA Demi Politik – Mohamad Fazly
Jangan Korbankan MARA Demi Politik – Mohamad Fazly

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Naib Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Mohamad Fazly Zainudin menegaskan bahawa Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak perlu diganti, sebaliknya peranan dan usaha yang telah digerakkan perlu terus diperkukuh demi kepentingan rakyat.
Jelasnya, gelaran “Daddy MARA” bukan sekadar panggilan, tetapi mencerminkan sumbangan dan pendekatan Dr Asyraf dalam membimbing serta membantu masyarakat, khususnya dalam memperkasa bidang keusahawanan dan pendidikan anak bangsa.
“Daddy MARA (Dr Asyraf) telah banyak berjasa dan memainkan peranan penting dalam membimbing serta membantu masyarakat, khususnya dalam memperkasakan usahawan dan pendidikan anak bangsa.
“Apa yang diperlukan bukanlah menggantikan Daddy MARA, tetapi memperkukuhkan peranan, memperbaiki kelemahan dan memastikan segala usaha yang telah dibina terus memberi manfaat kepada rakyat.
“Kalau ada kelemahan, tunjukkan dan baiki. Kalau ada kekurangan, kemukakan jalan penyelesaian. Tetapi jangan kerana tidak suka kepada seseorang, terus mahu jawatan itu ditukar,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pahang Nokhtahkan Miskin Tegar, Pangkas Kemiskinan 30 Peratus
- Perumahan Kasih Johor Terus Bela Kebajikan Rakyat
- ANGKASA, ICC Rapat Hubungan, Pacu Agenda Koperasi Asia Pasifik – Abdul Fattah
Mohamad Fazly yang juga Pesuruhjaya Skuad Sabil Malaysia berkata, pendekatan menukar kepimpinan bukanlah penyelesaian terbaik, malah boleh mengganggu kesinambungan agenda yang sedang dilaksanakan.

“Jangan ganti yang telah berjasa. Perbaiki, perkasa dan teruskan perjuangan untuk rakyat. Jangan pandai-pandai mahu menghukum orang sebelum menilai kerja dan prestasinya. Jangan kerana agenda politik sempit, MARA pula dijadikan mangsa,” katanya lagi.
Tambah beliau, turut menyelar sikap pihak tertentu yang menurutnya terlalu mudah membuat desakan pertukaran kepimpinan tanpa mengemukakan penyelesaian yang benar-benar memberi manfaat kepada MARA dan rakyat.
“Kalau setiap masalah mahu diselesaikan dengan menukar orang, sampai bila MARA mahu maju? Jangan jadikan pertukaran jawatan sebagai jalan paling mudah untuk menutup kelemahan atau melepaskan tekanan politik. Itu bukan penyelesaian, itu hanya memindahkan masalah.
“Kalau betul-betul ikhlas mahu membantu rakyat, duduk, nilai, tegur dan baiki. Bukan sibuk mencari siapa yang mahu dijatuhkan. Jangan ganti yang telah berjasa, jangan korbankan kesinambungan hanya untuk memenuhi desakan politik,” tegasnya. – UMNO Online
Jangan Korbankan MARA Demi Politik – Mohamad Fazly
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hak Rakyat Perlu Adil, Jangan Ada Yang Diketepikan – Mohd Zaidy
- Program Saling Mengasihi: UMNO Lahad Datu Santuni 53 Mangsa Banjir Kilat
- ‘Kejayaan Sebenar Bila Ilmu, Peluang Dapat Dimanfaatkan Orang Lain’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.