Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun Diperkasa… Fokus Nilai Tambah, Pekerjaan Berkemahiran Tinggi

Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun Diperkasa… Fokus Nilai Tambah, Pekerjaan Berkemahiran Tinggi

Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun Diperkasa… Fokus Nilai Tambah, Pekerjaan Berkemahiran Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Kerjasama ekonomi di antara Malaysia dan Jepun terus diperkasa dengan memberi fokus kepada nilai tambah serta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pertemuan beliau bersama Naib Menteri Parlimen Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, TYT Komori Takuo merupakan peluang untuk memperkukuh hubungan yang telah lama terjalin.

 

“Pada Rabu saya telah menerima kunjungan kerja TYT Komori Takuo, Naib Menteri Parlimen Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, bersama delegasi beliau di MITI.

“Pertemuan ini memberi peluang untuk memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Jepun yang telah lama terjalin, khususnya dalam bidang automotif, semikonduktor, tenaga dan teknologi baharu,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan bahawa perbincangan mengenai pembangunan kenderaan elektrik (EV), unsur nadir bumi (REE) dan penyertaan pembangunan ASEAN Power Grid menjadi perhatian pada pertemuan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jalur Gemilang Warnai Lekir Merdeka Fun Walk


“Antara perkara yang dibincangkan termasuk kerjasama Daihatsu dan Perodua dalam pembangunan EV di Malaysia, peluang dalam rantaian nilai REE, serta minat Jepun untuk menyertai pembangunan ASEAN Power Grid.

“Kami turut membincangkan peluang pelaburan dalam ekosistem pusat data di Malaysia, termasuk pembangunan infrastruktur, tenaga boleh baharu dan bakat berkemahiran tinggi,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata Jepun adalah rakan strategik penting dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan, meningkatkan keupayaan teknologi dan menarik pelaburan berkualiti tinggi.

 

Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun Diperkasa… Fokus Nilai Tambah, Pekerjaan Berkemahiran Tinggi

“Malaysia melihat Jepun sebagai rakan strategik penting dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan, meningkatkan keupayaan teknologi dan menarik pelaburan berkualiti tinggi.

“Kita mahu hubungan ekonomi ini terus berkembang daripada sekadar perdagangan dan pelaburan kepada kerjasama industri yang membawa nilai tambah, pemindahan teknologi serta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada Malaysia,” katanya lagi. – UMNO Online

Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun Diperkasa… Fokus Nilai Tambah, Pekerjaan Berkemahiran Tinggi

Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun Diperkasa… Fokus Nilai Tambah, Pekerjaan Berkemahiran Tinggi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Onn Hafiz Syukur JDT Cipta Rekod Dunia Baharu

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker