Pemuda UMNO Terus Jadi Nadi Perjuangan, Generasi Pelapis Masa Hadapan
Pemuda UMNO Terus Jadi Nadi Perjuangan, Generasi Pelapis Masa Hadapan

BENTONG, 26 Ogos – Ahli Dewan Negara merangkap Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Mohamad Zaini Salleh, menyeru generasi muda khususnya anggota Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar terus memperkukuh semangat perjuangan, mendekati anak muda dan tampil sebagai pelapis kepimpinan parti pada masa hadapan.
Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-77 Pergerakan Pemuda UMNO semalam yang disifatkan sebagai satu detik penting untuk generasi hari ini mengenang jasa serta meneruskan kesinambungan perjuangan yang telah dibina sejak sekian lama.
Menurut Mohamad Zani, Pemuda UMNO sentiasa menjadi nadi dan benteng perjuangan parti dalam melahirkan barisan pemimpin yang berani, berprinsip serta mempunyai kesetiaan terhadap perjuangan agama, bangsa dan tanah air.
Beliau berkata, pengalaman bersama Pergerakan Pemuda UMNO turut menjadi antara perjalanan paling bermakna dalam hidupnya apabila diberi amanah memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bentong dari 1987 hingga 2001.
“Banyak pengalaman, persahabatan dan kenangan perjuangan yang kekal terpahat sehingga ke hari ini. Pemuda bukan sekadar wadah politik, tetapi medan membentuk kepimpinan, membina keberanian dan mendidik generasi untuk memahami denyut nadi rakyat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum, Tarik Lebih Banyak Pelaburan
- Semarak Jiwa Patriotik, Kecintaan Kepada Negara Sempena Bulan Kebangsaan – Isam
- Jangan Korbankan MARA Demi Politik – Mohamad Fazly
Sehubungan itu, beliau mengingatkan generasi Pemuda hari ini supaya tidak sekadar mewarisi sejarah, sebaliknya berani mencipta masa depan dengan membawa suara rakyat secara lebih dekat dan berkesan.
“Teruskan perjuangan dengan semangat yang kental. Berani membawa suara rakyat, dekatilah anak muda dan jadilah pelapis yang mampu memimpin UMNO pada masa hadapan,” katanya.
Mohamad Zani turut berharap generasi baharu Pemuda UMNO dapat menjadikan usia 77 tahun pergerakan itu sebagai sumber kekuatan untuk terus bergerak ke hadapan, memperkukuh perpaduan serta memastikan suara generasi muda terus diberi tempat dalam perjuangan parti.
Beliau pada masa sama mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun ke-77 kepada seluruh keluarga besar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, sambil menyeru agar semangat perjuangan terus disuburkan demi agama, bangsa dan tanah air.
“Terus mara, terus berjuang dan terus berbakti.” – UMNO Online
Pemuda UMNO Terus Jadi Nadi Perjuangan, Generasi Pelapis Masa Hadapan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Semula, Petugas PDK Tulang Belakang Anak Istimewa – Khairul Azwan
- ‘Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Cinta Negara’
- KPK Jadi Rakan Strategik, Pastikan Industri Getah Berdaya Saing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.