Pemuda UMNO Perlu Kekal Jadi Benteng Perjuangan Parti

Pemuda UMNO Perlu Kekal Jadi Benteng Perjuangan PartiPemuda UMNO Perlu Kekal Jadi Benteng Perjuangan Parti

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO perlu terus mempertahankan peranan sebagai benteng parti dengan mengekalkan keberanian, kesetiaan dan semangat perjuangan dalam menghadapi cabaran semasa.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, perjalanan 77 tahun Pemuda UMNO membuktikan pergerakan itu sentiasa menjadi medan melahirkan generasi pejuang dan pemimpin untuk agama, bangsa serta tanah air.

Beliau yang juga mantan Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia berkata, berada dalam saf Pemuda bukan sekadar memegang jawatan atau gelaran, sebaliknya merupakan amanah untuk berada di hadapan ketika parti memerlukan tenaga dan keberanian.

“Pemuda adalah benteng parti, barisan yang sering berada di hadapan ketika perjuangan memerlukan tenaga, keberanian dan kesetiaan,” katanya sempena Ulang Tahun Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke-77.

Menurut Rais, cabaran semasa menuntut Pemuda supaya lebih dinamik dan bersedia menyesuaikan gerak kerja dengan perubahan dunia serta kepelbagaian pemikiran generasi muda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Onn Hafiz Syukur JDT Cipta Rekod Dunia Baharu

Katanya, Pemuda perlu bergerak dengan ilmu, kebijaksanaan dan gagasan baharu agar terus mempunyai kekuatan untuk membawa perjuangan UMNO ke hadapan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan kepentingan memastikan UMNO terus mempunyai tempat dalam kalangan anak muda dengan memperkukuh pendekatan mendengar suara dan memahami keresahan generasi berkenaan.

“Rumah Bangsa ini sentiasa mempunyai ruang untuk generasi baharu bersama membina masa depan,” katanya.

Rais turut mendoakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh diberikan kekuatan, ketabahan dan kebijaksanaan untuk memimpin pergerakan itu dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Beliau berharap saf Pemuda terus cekal dan istiqamah dalam memperkukuh parti serta membawa UMNO menuju kemenangan demi kemenangan.- UMNO Online

Pemuda UMNO Perlu Kekal Jadi Benteng Perjuangan Parti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Kompromi Wang Rakyat, Mohd Zaidy Sokong Pemulangan RM3.09 Juta

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker