RCI TH: Jangan Pilih Separuh Cerita – Farhan Ahmad
RCI TH: Jangan Pilih Separuh Cerita – Farhan Ahmad

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad berkata, rakyat khususnya jutaan pendeposit Tabung Haji (TH) berhak mengetahui keseluruhan cerita berhubung aset TH yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).
Jelasnya, beliau menyokong penuh pendirian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang menegaskan bahawa isu tersebut perlu dilihat secara menyeluruh demi memastikan prinsip ketelusan dan akauntabiliti benar-benar ditegakkan.
“Kalau kita benar-benar mahu bercakap soal ketelusan dan akauntabiliti, jangan hanya buka satu bab tetapi tutup bab yang lain.
“Persoalannya mudah, apakah status keseluruhan aset TH yang dipindahkan kepada UJSB? Berapa nilai aset tersebut sekarang, berapa yang telah dikembalikan kepada TH dan berapa jumlah sebenar yang diterima dalam bentuk tunai atau aset?
“Berapa pula yang masih berada dalam bentuk sukuk atau komitmen jangka panjang? Semua persoalan ini perlu dijelaskan secara terbuka kepada rakyat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Semula, Petugas PDK Tulang Belakang Anak Istimewa – Khairul Azwan
- ‘Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Cinta Negara’
- KPK Jadi Rakan Strategik, Pastikan Industri Getah Berdaya Saing
Farhan berkata, tuntutan tersebut bukan bertujuan mempertahankan mana-mana individu atau mencari kesalahan mana-mana pihak, sebaliknya memastikan amanah terhadap pendeposit TH terus dipelihara.

“Wang Tabung Haji bukan wang politik. Di dalamnya ada simpanan pak cik dan mak cik di kampung, pekerja, peniaga kecil serta anak-anak muda yang menabung sedikit demi sedikit dengan satu impian untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.
“Sebab itu Pemuda UMNO tidak seharusnya takut kepada kebenaran. Jika mahu siasat pengurusan sebelum 2018, siasat. Jika mahu teliti keputusan selepas 2018, teliti juga.
“Jika ada kelemahan, dedahkan. Jika ada salah laku dan bukti, ambil tindakan,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan penelitian terhadap isu TH mesti dilakukan secara menyeluruh dan tidak boleh hanya tertumpu kepada tempoh, individu atau fakta tertentu yang bersesuaian dengan naratif politik masing-masing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun Diperkasa… Fokus Nilai Tambah, Pekerjaan Berkemahiran Tinggi
- RCI TH Bukan Modal Politik, Biar Fakta Dan Audit Menjawab
- Pemuda UMNO Terus Jadi Nadi Perjuangan, Generasi Pelapis Masa Hadapan
Jangan Kompromi Wang Rakyat, Mohd Zaidy Sokong Pemulangan RM3.09 Juta
“Biarlah penelitian dibuat dari awal sampai akhir. Rakyat berhak mengetahui keseluruhan fakta, bukan cerita yang dipilih separuh-separuh.
“Seperti ditegaskan Datuk Dr. Akmal, kalau nak dedah, kita dedah sepenuhnya, bukan separuh-separuh sahaja.
“Rakyat tidak takut kepada fakta dan Pemuda juga tidak takut kepada fakta. Yang kita tuntut hanyalah ketelusan sepenuhnya demi menjaga amanah serta kepentingan jutaan pendeposit Tabung Haji,” tegasnya. – UMNO Online
RCI TH: Jangan Pilih Separuh Cerita – Farhan Ahmad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Ziarah Mursyidul Am Pas
- Gerak Kerja Diperkemas Demi Suara, Kepentingan Rakyat Paya Besar
- 77 Tahun Wanita UMNO: Teguh Berkhidmat, Terus Mewarisi – Wan Mohalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.