Bajet KKDW Sudah Lulus, Kenapa Duit Tak Sampai?
Bajet KKDW Sudah Lulus, Kenapa Duit Tak Sampai?

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa masih belum menyalurkan peruntukan yang telah dibajetkan dan diluluskan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Beliau berkata, isu tersebut kini memberi kesan langsung kepada kontraktor yang telah melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah KKDW tetapi masih belum menerima bayaran.
Menurut Akmal, beliau hampir setiap hari menerima aduan daripada kontraktor yang berdepan masalah aliran tunai akibat kelewatan pembayaran, sedangkan projek yang mereka laksanakan bukanlah projek baharu atau kerja yang dibuat tanpa perancangan
“Keluhan daripada rakyat kerana saya hampir setiap hari didatangi oleh kontraktor-kontraktor yang menjalankan kerja di bawah KKDW.
“Kerja-kerja yang dilaksanakan telah dirancang, mempunyai bajet dan ada yang progres kerjanya sudah hampir siap, tetapi ramai dalam kalangan mereka masih belum menerima bayaran,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiga Program Utama Meriahkan Pra-Perhimpunan Agung UMNO 2026
- Ismail Lasim Angkat Sumpah MKT UMNO Baharu
- Perkhidmatan PBT Diperkasa, Keselesaan Rakyat Jadi Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Tegaskan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang Mesti Sentiasa Dihormati
Akmal berkata, perkara itu menjadi lebih membimbangkan apabila kontraktor yang mengemukakan masalah pembayaran kepada KKDW dimaklumkan bahawa kementerian tersebut sendiri masih belum menerima peruntukan yang telah dibajetkan.
“Rupa-rupanya bajet tidak diberikan kepada KKDW.
“Sepatutnya bajet yang telah dibentang dan diluluskan untuk KKDW diberikan kepada kementerian tersebut. Isu hari ini ialah KKDW tidak menerima peruntukan yang telah dibajetkan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa peruntukan berkenaan masih belum disalurkan dan meminta penjelasan terus daripada Anwar selaku Menteri Kewangan.
“Kenapa tidak beri peruntukan ini? Adakah kerajaan sudah tidak cukup duit atau ada agenda lain di sebalik bajet tidak diberikan kepada KKDW?” soalnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Angkat Sumpah ADUN Ikatan Amanah Kepada Rakyat – Hairi
- Semarak Jalur Gemilang, Kukuhkan Semangat Patriotik
- UMNO Diasak, Masa Untuk Bangkit Berjuang – Hasnal Rezua
PRN: UMNO Melaka Sudah Bersedia, Tekad Bawa ‘Gelombang Biru’
Menurut Akmal, persoalan tersebut wajar dijawab secara terbuka kerana ia bukan sahaja melibatkan isu pengurusan peruntukan kerajaan, malah menyentuh nasib kontraktor tempatan yang telah mengeluarkan modal dan melaksanakan kerja berdasarkan projek yang telah diluluskan.
Beliau berkata, kelewatan bayaran menyebabkan kontraktor terpaksa menanggung hutang dan komitmen kewangan lain, termasuk kos operasi, pekerja serta pembekal, sedangkan mereka telah melaksanakan kerja seperti yang ditetapkan.
“Janganlah kerana kelemahan ini akhirnya ramai kontraktor hampir bankrap, hampir gulung tikar dan hampir hendak disaman.
“Kerja dah dibuat tetapi tak dapat langsung bayaran. Kasihanilah mereka yang terpaksa menanggung hutang,” katanya.
Akmal menegaskan, kerajaan perlu segera menjelaskan status sebenar peruntukan KKDW dan memastikan kontraktor yang telah melaksanakan projek tidak terus menjadi mangsa kelewatan pembayaran.
Katanya, jika sesuatu peruntukan telah dibentang dan diluluskan dalam bajet kerajaan, persoalan utama yang perlu dijawab ialah mengapa peruntukan tersebut masih belum sampai kepada kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan projek.
“Bajet sudah diluluskan, projek sudah dirancang, kerja sudah dilaksanakan. Tetapi apabila sampai kepada soal pembayaran, kontraktor pula yang terpaksa menanggung beban.
“Saya mohon penjelasan daripada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ke mana perginya peruntukan yang telah diluluskan untuk KKDW?” katanya lagi.
Sebelum itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah melahirkan rasa tidak puas hati berhubung isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di bawah KKDW, sehingga menjejaskan kelangsungan operasi mereka. – UMNO Online
Bajet KKDW Sudah Lulus, Kenapa Duit Tak Sampai?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPK-UMK Pacu Pengkomersialan Produk Kenaf, Perkukuh Ekosistem Industri
- Universiti, Industri Dan Sektor Pertahanan Bergerak Seiring Bangunkan Keupayaan Tempatan
- Juara Welding Antarabangsa… Bukti Anak-Anak TVET Berbakat, Berkemahiran
You must be logged in to post a comment.