Cadangan Hospital MARA Bukan Isu Perkauman
Cadangan Hospital MARA Bukan Isu Perkauman

KUALA LUMPUR, 1 Sept. – Cadangan mewujudkan Hospital Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak seharusnya dikaitkan dengan isu perkauman kerana inisiatif berkenaan mempunyai asas yang jelas dalam memperkukuh ekosistem pendidikan dan latihan kesihatan sedia ada.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata selepas lebih 60 tahun penubuhan MARA, institusi berkenaan telah melahirkan ribuan doktor serta tenaga profesional dalam bidang kesihatan dan mempunyai ekosistem pendidikan yang semakin lengkap.
“Saya tak faham kenapa cadangan mewujudkan Hospital MARA dikaitkan dengan perkauman.
“Selepas 60 tahun, dengan beribu doktor dilahirkan dan ekosistem pendidikan kesihatan yang lengkap, idea ini dikembangkan untuk manfaat semua,” katanya.
Menurut beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO, MARA pada ketika ini mempunyai rangkaian institusi pendidikan dan latihan yang menawarkan pelbagai program berkaitan bidang perubatan, sains kesihatan, kejuruteraan bioperubatan, penyelenggaraan peralatan perubatan serta pengurusan fasiliti kesihatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPK-UMK Pacu Pengkomersialan Produk Kenaf, Perkukuh Ekosistem Industri
- Universiti, Industri Dan Sektor Pertahanan Bergerak Seiring Bangunkan Keupayaan Tempatan
- Juara Welding Antarabangsa… Bukti Anak-Anak TVET Berbakat, Berkemahiran
Antaranya ialah UniKL Royal College of Medicine Perak yang menawarkan program kedoktoran, kejururawatan, farmasi, fisioterapi, pengimejan perubatan dan psikologi.
Beliau berkata kewujudan program-program berkenaan sememangnya memerlukan sokongan kemudahan klinikal termasuk hospital pengajar bagi memastikan latihan serta pendidikan pelajar dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh.
Selain itu, UniKL MESTECH di Bangi menawarkan bidang berkaitan sains kesihatan, makmal, kesihatan persekitaran serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
“UniKL BMI di Gombak pula menawarkan program kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang kesihatan termasuk penyelenggaraan kejuruteraan bioperubatan. UniKL MITEC menawarkan kursus-kursus penyelenggaraan peralatan perubatan dan kesihatan.
“UniKL MFI menawarkan kursus teknologi kejuruteraan berkaitan sistem penyaman udara yang banyak diperlukan dalam sektor kesihatan. KPTM Kota Bharu menawarkan program diploma kejururawatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiga Program Utama Meriahkan Pra-Perhimpunan Agung UMNO 2026
- Ismail Lasim Angkat Sumpah MKT UMNO Baharu
- Perkhidmatan PBT Diperkasa, Keselesaan Rakyat Jadi Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Tegaskan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang Mesti Sentiasa Dihormati
“KKTM (kini TVETMARA) Ledang menawarkan program kejuruteraan Elektronik Bio-Perubatan (Diagnostic, therapeutic, Radiology & Imaging dan Laboratory & ICT) yang melahirkan tenaga terlatih dalam menyelenggarakan mesin-mesin dan peralatan perubatan seperti mesin X-Tray, mesin dialasis dan lain-lain.”
Sementara itu katanya, KKTM Sri Gading menawarkan program penyelenggaraan bangunan dan teknologi bangunan yang berkaitan dengan keperluan fasiliti hospital selain KKTM Lenggong pula menyediakan latihan dalam bidang ubat-ubatan herba dan perubatan alternatif.
“Kesemua ini menunjukkan bahawa MARA bukan sekadar melahirkan doktor, tetapi membangunkan satu ekosistem pendidikan, latihan dan tenaga kerja yang merangkumi pelbagai aspek dalam sektor kesihatan,” katanya.
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata peranan MARA dalam pembangunan modal insan bidang kesihatan turut diperkukuhkan menerusi skim penajaan pendidikan.
Menurutnya, MARA bukan sahaja membiayai pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan dan bidang berkaitan kesihatan, malah turut menyediakan pembiayaan sehingga ke peringkat sarjana, PhD serta latihan bagi doktor untuk menjadi pakar.
“Sehingga kini, tidak kurang daripada 45,000 tenaga profesional telah dilahirkan melalui sokongan dan penajaan MARA,” katanya.
Beliau menegaskan, cadangan Hospital MARA perlu dilihat dalam konteks kesinambungan pembangunan ekosistem pendidikan dan kesihatan yang telah dibina sejak sekian lama, bukannya dari sudut politik perkauman.
“Kalau kita sudah mempunyai ekosistem pendidikan kesihatan yang sebegitu luas, termasuk melahirkan doktor, jururawat, ahli farmasi, juruteknologi, jurutera bioperubatan dan tenaga penyelenggaraan, maka hospital pengajar adalah satu kesinambungan yang munasabah.
“Matlamat akhirnya adalah untuk memberi manfaat kepada pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat,” katanya lagi. – UMNO Online
Cadangan Hospital MARA Bukan Isu Perkauman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Sehimpun Sehaluan Kukuhkan Perpaduan
- Bajet KKDW Sudah Lulus, Kenapa Duit Tak Sampai?
- Pavilion Perak Serlah Potensi Agromakanan Negeri Di MAHA – Zolkafly
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.