Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat

Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat

Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Perarakan Bot Nelayan Kuala Muda merupakan satu lautan semangat patriotik yang menyatukan rakyat, nelayan dan komuniti setempat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Reezal Merican memaklumkan beliau telah menyempurnakan Perarakan Bot Nelayan Kuala Muda Sempena Hari Kemerdekaan Ke-69 pada Selasa.

“Saya menyempurnakan Perarakan Bot Nelayan Kuala Muda Sempena Hari Kemerdekaan Ke-69 yang dianjurkan oleh Unit Nelayan Kuala Muda dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Bertam dan Pejabat Penyelaras KADUN Penaga di Jeti Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga.

“Lebih 30 buah bot nelayan dari sekitar Bakau Tua dan Kuala Muda turun menyusuri muara Sungai Muda hingga ke Pantai Kuala Muda, dihiasi Jalur Gemilang yang berkibar megah.

”Orang ramai juga turut berpeluang menaiki bot dan bersama-sama merasai kemeriahan sambutan. Bukan sekadar perarakan, tetapi satu lautan semangat patriotik yang menyatukan rakyat, nelayan dan komuniti setempat,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tegaskan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang Mesti Sentiasa Dihormati

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, program seperti ini mampu menyemarakkan semangat cinta pada negara tidak mengira di mana jua kita berada.

Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat

“Inilah wajah Malaysia yang kita cintai – rakyat bersama, Jalur Gemilang berkibar, semangat Merdeka terus membara! Tahniah Encik Yahaya Mohamed Ismail, Ketua Unit Nelayan Kuala Muda serta seluruh jawatankuasa atas penganjuran yang cukup bermakna.

“Turut hadir bersama Mohd Naim Haji Salleh, Pegawai Penyelaras KADUN Penaga; Muhasdey Muhammad; Abdullah Yaacob, Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Al Hidayah Kuala Muda; Zainab Bakar, Ketua Wanita UMNO Kepala Batas; Helmi Juhari, Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas; Abrar Saddiq, Ketua Pemuda Amanah Kawasan Kepala Batas serta rakan-rakan UMNO Cawangan.

“Dari daratan hingga ke lautan, Jalur Gemilang terus berkibar. Dari hati rakyat, semangat Merdeka terus menyala!” katanya lagi. – UMNO Online

Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPU Terus Lahirkan Generasi Pemimpin Berilmu, Berprinsip

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker