Hari Kebangsaan: Kenang Sejarah, Hargai Pengorbanan

Hari Kebangsaan: Kenang Sejarah, Hargai Pengorbanan

Hari Kebangsaan: Kenang Sejarah, Hargai Pengorbanan

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Hari Kebangsaan merupakan ruang untuk mengenang kembali sejarah dan menghargai pengorbanan generasi terdahulu bagi mengecap kemerdekaan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah berkesempatan untuk menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang diadakan semalam.

 

“Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2026. yang diadakan di Putrajaya semalam.

“Satu pengalaman yang cukup membanggakan apabila melihat semangat patriotisme begitu terserlah di kalangan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang yang turut hadir bersama-sama menghayati dan meraikan detik bersejarah ini.

“Bagi saya, Hari Kebangsaan bukan sekadar sebuah sambutan. Ia adalah ruang untuk kita mengenang kembali sejarah, menghargai pengorbanan generasi terdahulu dan mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPU Terus Lahirkan Generasi Pemimpin Berilmu, Berprinsip


Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia menegaskan bahawa kemerdekaan merupakan satu amanah dan rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk pelihara dengan sebaiknya.

Hari Kebangsaan: Kenang Sejarah, Hargai Pengorbanan

 

“Kemerdekaan yang diwariskan kepada kita adalah amanah. Tanggungjawab kita pula ialah memastikan negara terus aman, bersatu dan maju, serta mewariskan Malaysia yang lebih baik kepada generasi akan datang.

“Semoga semangat Merdeka terus subur dalam jiwa kita semua. Dengan semangat yang sama, marilah kita terus melangkah bersama, memperkukuh perpaduan dan membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

“Selamat Hari Kebangsaan 2026. Malaysia, Tanah Airku,” katanya lagi. – UMNO Online

Hari Kebangsaan: Kenang Sejarah, Hargai Pengorbanan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker