Wooi Yik-Aaron terus mara, Sze Fei-Izzuddin tarik diri
Wooi Yik-Aaron terus mara, Sze Fei-Izzuddin tarik diri

Kuala Lumpur: Gandingan baharu Soh Wooi Yik-Aaron Tai terus mencuri perhatian apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua Masters China di Guangdong, China sebentar tadi.
Turun buat kali pertama dalam kejohanan itu sebagai pasangan, Wooi Yik-Aaron yang dipisahkan jurang usia lapan tahun mengambil masa 48 minit untuk menewaskan wakil Jepun, Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita 18-21, 21-12, 21-15.
Kemenangan itu menyaksikan mereka bakal berdepan wakil tuan rumah, Chen Boyang-Liu Yi yang mara selepas memperoleh kemenangan percuma ketika mendahului 11-8 ke atas pasangan India, Hariharan Amsakarunan-Arjun Madathil Ramachandran.
Dalam aksi lain, gandingan Tee Kai Wun-Yap Roy King turut meneruskan kemaraan selepas menewaskan pasangan Taiwan, He Zhi Wei-Huang Jui Hsuan 18-21, 21-16, 21-9.
Bagaimanapun, hasrat mereka untuk berdepan rakan senegara, yang juga gandingan nombor enam dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani tidak kesampaian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Sehimpun Sehaluan Kukuhkan Perpaduan
- Bajet KKDW Sudah Lulus, Kenapa Duit Tak Sampai?
- Pavilion Perak Serlah Potensi Agromakanan Negeri Di MAHA – Zolkafly
Pasangan profesional itu terpaksa menarik diri selepas hanya 18 minit beraksi.
Mereka mengambil keputusan berkenaan selepas tewas 16-21 pada set pertama kepada beregu muda Indonesia, Ali Faathir Rayhan-Devin Artha Wahyudi.
Izzuddin difahamkan berdepan masalah kecederaan selepas dilihat gagal beraksi pada tahap sebenar sebelum memutuskan untuk tidak meneruskan perlawanan.
Wooi Yik-Aaron terus mara, Sze Fei-Izzuddin tarik diri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.