Jangan harap jelmaan Pearly-Thinaah lahir sekelip mata
Jangan harap jelmaan Pearly-Thinaah lahir sekelip mata

Kuala Lumpur: Jurulatih baharu beregu wanita negara, Wong Pei Tty meminta semua pihak bersabar dan tidak mengharapkan pasangan sehebat Pearly Tan-M Thinaah dapat dilahirkan dalam tempoh singkat.
Pei Tty berkata, kejayaan Pearly-Thinaah sendiri terhasil menerusi proses pembangunan yang panjang dan mengambil masa antara empat hingga lima tahun sebelum mereka mampu mencapai tahap kompetitif seperti hari ini.
Katanya, pendekatan sama perlu diberikan kepada pasangan muda lain yang masih berada pada fasa awal pembangunan.
“Pearly-Thinaah juga bukan terbentuk dalam satu hari, sebaliknya memerlukan program selama empat hingga lima tahun untuk mematangkan dan membangunkan mereka sebelum hasilnya dapat dilihat.
“Jadi, kita juga perlu berlaku adil kepada pasangan lain kerana mereka baru muncul dalam tempoh satu atau dua tahun dan sudah tentu memerlukan lebih masa untuk dibentuk,” katanya kepada media selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Sehimpun Sehaluan Kukuhkan Perpaduan
- Bajet KKDW Sudah Lulus, Kenapa Duit Tak Sampai?
- Pavilion Perak Serlah Potensi Agromakanan Negeri Di MAHA – Zolkafly
Bekas pemain beregu wanita nombor satu dunia bersama Chin Ee Hui itu berkata, pendedahan di pentas antarabangsa amat penting bagi pemain muda untuk mengenal pasti kekurangan masing-masing.
Menurutnya, pemain perlu melihat sendiri perbezaan dari aspek kelajuan, kuasa, serangan dan teknikal sebelum kembali ke gelanggang latihan untuk memperbaiki kelemahan.
“Tidak kira pengalaman pertandingan atau pendedahan di peringkat antarabangsa, mereka perlu melihat sendiri jurang yang ada dan memahami perkara yang masih kurang dari segi kelajuan, kuasa, serangan serta teknikal.
“Mereka kemudian boleh kembali berlatih untuk memperbaiki kelemahan itu kerana tiada apa yang akan berlaku dalam satu hari,” katanya.
Pada masa sama, Pei Tty mengakui masih terlalu awal untuk membuat penilaian menyeluruh terhadap barisan beregu wanita negara selepas baru memulakan tugas secara rasmi semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPK-UMK Pacu Pengkomersialan Produk Kenaf, Perkukuh Ekosistem Industri
- Universiti, Industri Dan Sektor Pertahanan Bergerak Seiring Bangunkan Keupayaan Tempatan
- Juara Welding Antarabangsa… Bukti Anak-Anak TVET Berbakat, Berkemahiran
Malah, beliau belum berpeluang memantau pemain senior susulan kejohanan Masters China di Shenzhen yang sedang berlangsung.
Pei Tty kembali ke BAM selepas menamatkan tugas sebagai jurulatih pembangunan bakat di Singapura bulan lalu, sekali gus membawa pengalaman baharu dalam aspek kepimpinan dan pembangunan pemain ke skuad kebangsaan.
Jangan harap jelmaan Pearly-Thinaah lahir sekelip mata
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.