‘Kalau Level Ceplos Tak Faham Asas Kewangan, Boleh Terima…’ – Dr Akmal
‘Kalau Level Ceplos Tak Faham Asas Kewangan, Boleh Terima…’ – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyelar pihak yang didakwa tidak memahami asas tatacara kewangan negara.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata ia khususnya berkaitan kelulusan dan penyaluran peruntukan untuk kementerian.
“Isunya adalah projek yang dipohon dah dapat kelulusan Kementerian Kewangan, tetapi peruntukan tidak sampai ke Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Itu isunya.
“Kalau level ceplos yang tak faham asas kewangan negara, kita boleh terima lah.
“Tetapi ini Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri pun tidak faham memang makin kuat lah rakyat nak jadikan PMX kepada XPM,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Mengulas lanjut kata beliau setiap projek pembangunan bagi mana-mana kementerian perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum boleh dilaksanakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Katanya Kementerian Kewangan bertanggungjawab dalam meneliti dan melihat kemampuan kewangan bagi menentukan sama ada cadangan pembangunan itu boleh dilaksanakan atau tidak.
“Mana-mana kementerian tak boleh berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.
“Jika ada perbelanjaan yang melebihi jumlah yang diperuntukkan sekalipun, ia mesti dan telah mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu,” ujar beliau.
Menurut beliau, perbelanjaan melebihi jumlah yang diperuntukkan bukan hanya berlaku di KKDW sebaliknya turut melibatkan kementerian lain.
Dalam pada itu, Dr Akmal berkata, perkara yang dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan mengenai kementerian berbelanja sesuka hati melebihi jumlah peruntukan, sebaliknya berkaitan projek yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan tetapi peruntukannya tidak disalurkan kepada KKDW.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Sehimpun Sehaluan Kukuhkan Perpaduan
- Bajet KKDW Sudah Lulus, Kenapa Duit Tak Sampai?
- Pavilion Perak Serlah Potensi Agromakanan Negeri Di MAHA – Zolkafly
“Contohnya Kementerian Pendidikan pada tahun 2024. Jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM58.726 bilion, tetapi jumlah yang dibelanjakan adalah sebanyak RM59.871 bilion.
“Jadi isu yang dibangkitkan oleh TPM bukan kementerian berbelanja sesuka hati melebihi peruntukan,” ujar beliau. – UMNO Online
‘Kalau Level Ceplos Tak Faham Asas Kewangan, Boleh Terima…’ – Dr Akmal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kemenangan PRN Jadi Suntikan Semangat Menjelang PAU 2026
- Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 Berkuat Kuasa, Perkukuh Perlindungan Pelaburan Dan Pekerjaan
- Jaga Diri, Jaga Keluarga Ketika Kualiti Udara Menurun
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.