Cari Titik Temu, Utamakan Masa Depan Ummah – Saifullah Ali
Cari Titik Temu, Utamakan Masa Depan Ummah – Saifullah Ali

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Kehadiran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bersama barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia ke Muktamar Pemuda Pas bukan sekadar kunjungan biasa, sebaliknya membawa mesej jelas bahawa anak muda Melayu dan Islam tidak mahu terus menjadi penonton kepada perjalanan sejarah bangsa dan agama.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Saifullah Ali berkata, kehadiran tersebut mencerminkan kesediaan generasi muda untuk membuka ruang dialog, mencari titik persamaan dan meneroka jalan yang mampu memperkukuh penyatuan ummah.
“Pemuda UMNO Malaysia hadir ke Muktamar Pemuda Pas sebagai satu isyarat bahawa anak muda Melayu dan Islam tidak mahu terus menjadi penonton kepada sejarah. Anak muda bukan sekadar menyaksikan sejarah, tetapi mesti menjadi pelopor kepada penyatuan ummah yang bakal mencipta sejarah
“Tema “Memimpin Penyatuan” yang dibawa Pemuda Pas hari ini juga begitu dekat dengan semangat perjuangan Pemuda UMNO Malaysia, bahawa masa depan bangsa dan agama menuntut keberanian untuk mencari titik temu, merapatkan saf dan mengutamakan kepentingan ummah.
“Perbezaan mungkin pernah memisahkan kita, tetapi persamaan sebagai Melayu dan umat Islam seharusnya menjadi kekuatan untuk menyatukan kita,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Tambah Saifullah, sudah tiba masanya anak muda daripada pelbagai latar perjuangan melihat isu penyatuan ummah dalam kerangka yang lebih besar dan tidak terus terperangkap dalam perseteruan politik masa lalu.

“Penyatuan tidak bermaksud semua pihak perlu menghapuskan identiti atau pendirian masing-masing, sebaliknya berani mencari titik temu dalam perkara yang menyentuh kepentingan bangsa, agama dan masa depan negara.
“Sudah sampai masanya anak muda memimpin dengan keberanian, bukan mewarisi permusuhan. Kita tidak mahu menjadi generasi yang hanya bercerita tentang sejarah, tetapi gagal mencipta sejarah,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Saifullah yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh menjelaskan isyarat jelas bahawa generasi muda tidak mahu terus terperangkap dalam politik perpecahan, sebaliknya mahu menjadi sebahagian daripada usaha membina kesepakatan yang lebih besar.
‘Hari ini Pemuda UMNO Malaysia hadir bukan sekadar untuk bersalaman, tetapi untuk membuka ruang kepada sebuah kesepakatan yang lebih besar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Sehimpun Sehaluan Kukuhkan Perpaduan
- Bajet KKDW Sudah Lulus, Kenapa Duit Tak Sampai?
- Pavilion Perak Serlah Potensi Agromakanan Negeri Di MAHA – Zolkafly
“UMNO dan Pas, Pemuda Melayu dan Islam… marilah kita menjadi generasi yang memimpin penyatuan, bukan generasi yang mewarisi perpecahan.
“Insya-Allah… jika anak muda berani menyatukan saf, kita bukan sahaja akan menjadi saksi sejarah malah akan menjadi pencipta sejarah. Demi Melayu, demi Islam, demi Ummah dan demi Malaysia,’ ujarnya. – UMNO Online
Cari Titik Temu, Utamakan Masa Depan Ummah – Saifullah Ali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kemenangan PRN Jadi Suntikan Semangat Menjelang PAU 2026
- Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 Berkuat Kuasa, Perkukuh Perlindungan Pelaburan Dan Pekerjaan
- Jaga Diri, Jaga Keluarga Ketika Kualiti Udara Menurun
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.