Kaki sakau Kampung Morten dicekup

Kaki sakau Kampung Morten dicekup

Kaki sakau Kampung Morten dicekup
Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa seorang lelaki yang menawarkan bantuan selepas telefon bimbitnya hilang ketika berada di sekitar Sungai Melaka di Kampung Morten sebelum meminta ‘duit kopi’ sebanyak RM200. – Foto hiasan NSTP

MELAKA: Polis menahan lelaki dipercayai ‘penyeluk saku’ di Kampung Morten di sini, sehari selepas video berkaitan perkara itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas, berkata pihaknya menahan individu sekitar 30-an yang dipercayai suspek kes.

Berdasarkan video tular, polis mengesan mangsa menerusi media sosial Threads sebelum wanita tempatan berusia lingkungan 20-an membuat laporan jam 2.06 pagi tadi.

“Susulan laporan polis berkenaan, kita menahan suspek pada hari sama.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 13 rekod kesalahan lampau membabitkan satu kes jenayah dan 12 kes berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berbeza Wadah, Satu Akidah: Dr Akmal Tekankan Semangat Ukhuwah

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun, denda, sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

“Permohonan reman terhadap suspek diperoleh selama tiga hari bermula 3 hingga 5 September ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita mendakwa menjadi mangsa seorang lelaki yang menawarkan bantuan selepas telefon bimbitnya hilang ketika berada di sekitar Sungai Melaka sebelum meminta ‘duit kopi’ sebanyak RM200.

Menurut dakwaan wanita itu, kejadian berlaku ketika dia sedang duduk di bangku tepi sungai bersama ibunya sebelum menyedari telefon bimbitnya hilang.

Katanya, tidak lama kemudian seorang lelaki menghampirinya dan mendakwa melihat seseorang mengambil telefon berkenaan sebelum memaklumkan rakannya sedang mengejar individu terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Azmawi Perkukuh Khidmat Bakti, Terus Dekati Rakyat Nenggiri


Wanita itu mendakwa lelaki berkenaan kemudian membawanya ke satu lokasi sebelum menyerahkan semula telefon bimbitnya, namun meminta wang RM200 sebagai ‘duit kopi’.

Kaki sakau Kampung Morten dicekup


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Multaqa Ilmuwan Islam, Konvensyen Pendidikan Melayu Buka Tirai PAU 2026

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker