‘Jangan jadikan siren alasan langgar lampu merah, minta hukuman setimpal terhadap pemandu ambulans’
‘Jangan jadikan siren alasan langgar lampu merah, minta hukuman setimpal terhadap pemandu ambulans’

JASIN: “Jangan jadikan bunyi beacon (siren) sebagai cara mudah untuk mengelakkan berhenti di lampu merah,” kata ibu Allahyarham Muhammad Amirul Asyraaf Md Azizan, 18, yang maut dilanggar ambulans di Jalan Ayer Merbau, minggu lalu.
Arbaalaila Abu Seman berkata, Allahyarham yang juga anak sulung daripada tiga beradik disifatkan sebagai harapan keluarga.
Amirul baru memulakan pengajian semester pertama Sijil Teknologi Elektrik dan ketika kejadian sedang dalam perjalanan ke Kolej Komuniti Bukit Beruang.
Semalam, pemandu ambulans, Mohd Noorikhmal Baharuddin, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jasin atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Amirul mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika memandu ambulans jenis Toyota Hiace di lampu isyarat simpang tiga Kampung Ayer Merbau, di sini kira-kira 9.15 pagi, 26 Ogos
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Medan Muhasabah, Perkukuh Hala Tuju Parti
- ‘Kalau Level Ceplos Tak Faham Asas Kewangan, Boleh Terima…’ – Dr Akmal
- Cari Titik Temu, Utamakan Masa Depan Ummah – Saifullah Ali
Berbeza Wadah, Satu Akidah: Dr Akmal Tekankan Semangat Ukhuwah
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama tempoh tidak lebih dari lima tahun.
‘Jangan jadikan siren alasan langgar lampu merah, minta hukuman setimpal terhadap pemandu ambulans’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU Cetus Semangat Juang, Keberanian Hadapi PRU Ke-16 – Ahmad Maslan
- Syahbuddin Terus Bawa Suara, Keperluan Rakyat Galas
- RCI TH: Menteri Bertanggungjawab Dari PH Juga Patut Disiasat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Multaqa Ilmuwan Islam, Konvensyen Pendidikan Melayu Buka Tirai PAU 2026
You must be logged in to post a comment.