Polis siasat tiga remaja bergaduh di Kuala Pilah
Polis siasat tiga remaja bergaduh di Kuala Pilah

KUALA PILAH: Polis mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung pergaduhan membabitkan tiga remaja perempuan di Dataran Melang di sini, yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu lalu.
“Dalam kejadian itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dikatakan pergi ke Dataran Melang bersama abangnya untuk bertemu dua kenalan.
“Difahamkan pertemuan itu bagi membincangkan isu salah faham susulan penyebaran gambarnya di media sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, ketika pertemuan itu, berlaku pergelutan di antara pengadu dengan dua individu terbabit sehingga menyebabkan dia tercedera.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Medan Muhasabah, Perkukuh Hala Tuju Parti
- ‘Kalau Level Ceplos Tak Faham Asas Kewangan, Boleh Terima…’ – Dr Akmal
- Cari Titik Temu, Utamakan Masa Depan Ummah – Saifullah Ali
Berbeza Wadah, Satu Akidah: Dr Akmal Tekankan Semangat Ukhuwah
“Polis memandang serius kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar pergaduhan serta pihak yang terbabit,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-48429999 atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Sarjan Shamsuldalila Mohamad di talian 011-10129038 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Polis siasat tiga remaja bergaduh di Kuala Pilah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU Cetus Semangat Juang, Keberanian Hadapi PRU Ke-16 – Ahmad Maslan
- Syahbuddin Terus Bawa Suara, Keperluan Rakyat Galas
- RCI TH: Menteri Bertanggungjawab Dari PH Juga Patut Disiasat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Multaqa Ilmuwan Islam, Konvensyen Pendidikan Melayu Buka Tirai PAU 2026
You must be logged in to post a comment.